Isteri Hafidz Roshdi sangkal kenyataan wanita ‘penyondol’ kononnya dah lama tak berhubung – “Ada yang tidak tepat, saya terpaksa nafikan…,”

Dari Penulis

ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri menyangkal kenyataan wanita yang didakwa penyondol dalam rumah tangganya iaitu Athira Yuhada berkenaan mereka sudah lama tidak berhubungan.

Menurut Shuhada, dia mempunyai bukti kukuh yang mengatakan wanita itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Hafidz dan kali terakhir ialah pada 25 Januari lalu.

“Terima kasih Cik Athira atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka berserta cubaan untuk meletakkan kesalahan ini pada orang lain.

“Ada beberapa maklumat yang tidak tepat dan saya terpaksa nafikan.

“Kamu berdua masih berhubungan sehingga 25 Januari 2023, yang mana, hanya beberapa minggu lalu. Kenyataan ini berdasarkan bukti-bukti yang ada.

“Saya berhak untuk tunjukkan kepada umum demi mempertahankan keluarga saya tapi, saya rela serahkan semuanya kepada peguam untuk menguruskannya secara berhemah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita didakwa penyondol rumah tangga Hafidz Roshdi mohon maaf, akui bodoh & lemah – “Perkara ini sudah lama berakhir,”, Rasa diri diperbodohkan, isteri bongkar kecurangan Hafidz Roshdi

Shuhada berkongsi perkara berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, Shuhada turut meminta wanita itu untuk tidak meletakkan kesalahan kepada Hafidz setelah apa yang terjadi ketika ini.

“Saya nak tegaskan supaya tak menyalahkan Hafidz sahaja sebab kalau bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi.

“Kamu sendiri tahu bagaimana hubungan kamu bergerak kan? Katanya, pada sekian-sekian waktu, tapi tiba-tiba… sembilan tahun kena cuba? Wow! Hebatnya kamu dikejari,” tulisnya.

Shuhada turut mempersoalkan tindakan Athira yang seolah-olah ‘buta hati’ dan tidak memahami perasaan golongan wanita yang hidupnya dicurangi suami sendiri.

Ujar Shuhada, sukar untuk dia melupakan semua yang berlaku namun pada masa sama tetap berusaha untuk cuba memaafkan seperti dalam tuntutan agama Islam yang mengajar setiap insan untuk menjadi pemaaf.

“Perkara yang kamu buat bukan mudah untuk saya maafkan. Tapi, Allah kata jadilah manusia pemaaf walaupun seberat mana kesalahan.

“Saya mungkin akan maafkan, tapi saya takkan lupakan. Kamu sendiri cakap yang kamu bersimpati dengan keadaan mental Hafidz.

“Kamu tak ada empati kepada golongan wanita yang dikhianati dan anak-anak tak berdosa? Takkan selama kamu buat dah bertahun ini, tak ada rasa bersalah sebagai perempuan, kan?,” luahnya.

Kata Shuhada, enggan memanjangkan lagi hal tersebut dan menyerahkan kepada Allah untuk mengadili atas apa yang berlaku.

“Saya takkan panjangkan isu ini. Cukuplah di media sosial. Saya perlukan masa untuk tenangkan anak-anak dan keluarga.

“Semua malu dan terpalit, tapi sekali lagi, terima kasih untuk semua yang kamu sudah lakukan kepada saya dan anak-anak saya. Semoga Allah mengadili sebaiknya, Insya-Allah,” jelasnya.

Semalam, Athira membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shuhada dan dua anaknya, Humaiarah serta Umar atas kekecohan yang berlaku yang berpunca daripada dirinya.

Jelas Athira, aktor berusia 29 tahun itu cuba menghubunginya sejak sembilan tahun lalu biarpun dia cuba untuk menjauhkan diri daripadanya.

Namun, disebabkan Hafidz mengakui berdepan masalah kesihatan mental, Athira berasa simpati dan ingin memberi sokongan kepadanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This