Warga emas maut langgar Nissan Teana

Dari Penulis

SEORANG warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangi melanggar sebuah kereta di Kilometer 54.5 Jalan Klang-Banting-Port Dickson, pukul 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh berkata, kemalangan berlaku ketika pemandu kereta Nissan Teana berusia 50 tahun dalam perjalanan dari Banting ke Sepang.

Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal Modenas Kriss keluar dari simpang lalu melanggar sisi kanan kereta.

“Mangsa seorang lelaki Melayu berusia 72 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kaki dan bahagian dalaman.

“Mayat telah dibawa ke bilik mayat Hospital Banting bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Pemilik motosikal bergerak sendiri disahkan maut kemalangan – polis

Jelasnya, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan telah hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat bagi memberikan keterangan.

Ahmad Ridhwan berkata, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This