[VIDEO] Berkomunikasi dengan peminat OKU guna bahasa isyarat, Alif Satar raih pujian netizen

Dari Penulis

PENYANYI dan pengacara terkenal, Alif Satar menarik perhatian warganet selepas video dirinya yang sedang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan peminatnya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) tular di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh rakan Alif iaitu John Lemon di TikTok, terkejut dan tidak menyangka bahawa penyanyi lagu Anugerah Terindah itu mahir menggunakan bahasa isyarat.

Jelas John, sudah bertahun lama dia berkawan dengan Alif namun baharu kini dia tahu sahabatnya itu mempunyai kebolehan dalam penggunaan bahasa isyarat.

“Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan, ironman dan dia juga mahir menggunakan bahasa isyarat.

“Dah bertahun kawan dengan dia, baru tahu yang dia pandai menggunakan bahasa isyarat,” tulisnya di ruangan kapsyen video berkenaan.

Sebelum ini Alif pernah berkongsi kepada pihak media jika dia boleh menguasai bahasa isyarat dengan baik disebabkan ibu bapanya merupakan guru pendidikan khas untuk murid yang mempunyai masalah pendengaran.

Alif mula mempelajari bahasa isyarat seawal usia empat tahun dan sehingga kini dia mampu menggunakan kemahirannya dengan begitu baik ketika berkomunikasi dengan OKU.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telah mendapat hampir 240,000 tanda suka dan hampir 3,000 komen daripada pengikut TikTok.

Rata-rata warganet meluahkan rasa bangga terhadap Alif kerana dikurniakan kelebihan yang cukup luar biasa.

Malah, ada juga yang menyifatkan Alif adalah contoh selebriti yang memiliki pakej lengkap untuk dijadikan inspirasi.

@urtv_official Ramai yang tak sangka penyanyi berbakat besar ini mahir menggunakan bahasa isyarat ?? #urtv #utusantv #alifsatar #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #masukberanda #fyp ♬ original sound – urtvofficial

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelakon era 90-an, Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

INDUSTRI seni tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, 52, yang menghembuskan nafas terakhir akibat...

More Articles Like This