Polis tahan lelaki berkelakuan tak senonoh di masjid, suspek pemegang kad OKU

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PIHAK polis berjaya menahan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, lelaki tempatan berumur lingkungan 20 tahun itu berjaya ditangkap 3.15 pagi tadi.

Jelasnya, suspek ditahan di Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.

“Siasatan awal mendapati suspek bukan penduduk tempatan dan merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.

“Hasil semakan dapati suspek tiada rekod lampau jenayah dan ujian saringan air kencing didapati negatif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377d Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun.

Suspek kini dalam tahanan reman selama empat hari sehingga 9 Mac ini bagi tujuan melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan selanjutnya.

Pihak polis memandang serius sebarang perlakuan tidak senonoh terutamanya di tempat ibadah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This