Pernah makan tauhu kukus goreng? Kalau belum, jom cuba resipi ini. Mudah sahaja cara membuatnya. Untuk isinya, terpulanglah sama ada hendak menggunakan ayam atau daging. Untuk sayur, boleh dicampur apa jua jenis sayur yang kita suka. Jika ingin lebih sedap, boleh campurkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Rasa kelainannya. Cuba tau..!
TAUHU KUKUS GORENG
BAHAN KISAR
300 gm isi ayam – hiris kecil
4 ketul tauhu lembut
3 biji telur
3 ulas bawang putih
Sedikit lada putih
Garam dan gula
BAHAN A
1 batang lobak merah – hiris halus
Hirisan daun bawang
BAHAN B
Minyak masak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan bahan kisar dalam pengisar dan kisar sebati.
- Tuangkan dalam bekas, taburkan lobak merah dan hirisan daun bawang, kemudian kukus selama 30 minit.
- Jika terkandung air di atas permukaan, buangkan airnya.
- Biarkan ia sejuk atau boleh disimpan semalaman di dalam peti sejuk.
- Keluarkan tauhu dan potong dadu besar. Panaskan minyak, goreng seketika sehingga garing. Angkat dan tuskan. Boleh dihidangkan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

