PART II : Punca nafsu seks berkurangan. Wanita kena ambil tahu dan kenal pasti punca

Dari Penulis

Oleh : DATUK DR. NOR ASHIKIN AHMAD MOKHTAR. MD (UKM), Masters O&G (MAL), FRCOG (UK)

Amat penting untuk mengenalpasti apa yang menyebabkan kita mengalami kekurangan nafsu untuk melakukan hubungan seks, seseorang itu akan sentiasa tertanya-tanya apakah faktor yang menyebabkan semua ini berlaku.

Oleh kerana itu, ramai wanita yang menyalahkan dirinya sendiri sehingga menyebabkan hubungan dengan pasangan musnah.

Dalam artikel kali ini, saya akan membincangkan tentang sebahagian lagi faktor yang menyebabkan wanita mempunyai masalah tidak mempunyai nafsu untuk melakukan hubungan seks dan cara untuk mengenal pastinya.

Menopaus

Hubungan seks selepas menopaus adalah dibenarkan tetapi wanita perlu menangani kecenderungan terjadinya menopaus itu sendiri yang akan mengurangkan keinginan untuk melakukan hubungan seks.

Kesan menopaus bukan sahaja melibatkan kurangnya keinginan untuk melakukan hubungan seks, malah mendatangkan masalah untuk badan bertindak balas terhadap sebarang aktiviti seksual oleh pasangan.

Terdapat cara untuk menangani tanda menopaus, sebagai contoh anda perlu merujuk kepada doktor dan mengamalkan memakan ubat yang boleh mengelakkan anda mengalami kekeringan di bahagian kemaluan dan sebagainya.

Wanita yang menopaus juga harus mengambil perhatian terhadap tahap hubungan mereka dengan pasangan.

Adakah mereka telah memasuki zon yang membosankan atau adakah mereka malu dengan tubuh mereka yang semakin menunjukkan penuaaan? Segalanya bergantung kepada apa yang anda sendiri dapat kenal pasti dan adakah ianya memberi kesan terhadap hubungan seks anda bersama pasangan.

Seks Juga Ada Kala Membosankan

Seks merupakan satu pakej di mana di dalamnya terdapat kemesraan, perbualan dan daya penarikan antara satu sama lain. Jika seks dijadikan sebagai rutin di dalam kehidupan seharian, ianya akan menjadi sesuatu yang membosankan.

Bagi sesetengah wanita, kemesraan dan daya penarikan itu memainkan peranan penting di dalam hubungan seks mereka. Pasangan perlu memahami apa yang mereka lakukan itu kerana ianya akan memberi kesan terhadap hubungan seks mereka.

Pil perancang bukan sahaja membuatkan seseorang wanita itu tidak mengandung, bahkan menyebabkan wanita itu tidak mahu dan tidak berkeinginan untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan mereka.

Keadaan Kesihatan Diri

Jika seseorang wanita itu mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes ataupun darah tinggi dan sebagainya, mereka akan mempunyai masalah dalam berkeinginan untuk melakukan hubungan seks.

Jika keadaan terkawal, keinginan nafsu mereka akan kembali normal. Segalanya boleh diatasi dengan bantuan doktor dan golongan ini haruslah rajin pergi berjumpa dengan doktor dan berbincang mengenai alternatif lain.

Jika anda merasakan ada antara faktor penyebab wanita mempunyai kurang keinginan untuk melakukan hubungan seks ini berkait rapat dengan diri anda, bertindak bijak dengan berjumpa dengan doktor dan mengenal pasti masalah itu dengan pantas.

Perubahan yang drastik kadangkala tidak akan memberikan kesan yang mendalam terhadap kehidupan seharian kita. Mengamalkan gaya hidup yang sihat, dengan bersukan dan memakan makanan yang berkhasiat akan membantu kita untuk menangani masalah seks yang dihadapi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

ReGlo perkenal Skin Turnover Protocol, sistem selamat dan tidak invasif untuk pembaharuan kulit berterusan

RAWATAN yang mampu memberikan hasil yang ketara lazimnya disertai dengan iritasi, sensitiviti dan tempoh pemulihan yang lama. Manakala produk...

More Articles Like This