Wanita, satu makhluk yang penuh kelembutan, kesopanan dan keayuan. Nampak mudah untuk ditawan, namun sukar untuk dibaca setiap butir pemikirannya. Silap langkah, meranalah kaum lelaki.
Pemikiran wanita ini mudah sebenarnya, andai mereka katakan A, sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah B. Namun andai B dikatakan, lelaki kena tahu, C ialah jawapannya. Mudah kan? Hahaha
Menurut Pegawai Psikologi Kanan Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani, masalah utama wanita dalam rumahtangga ialah komunikasi. Wanita cenderung untuk memendam rasa ataupun meluahkan namun tidak secara langsung. Kaum wanita cenderung berkias dalam meluahkan perasaan sehingga ada kalanya ia tidak difahami suami, dan keadaan itu menyebabkan masalah tidak selesai dan bertambah kritikal.
Malah ulasnya, menurut kajian wanita cenderung ada cinta berbentuk pengorbanan. Maksudnya wanita akan berkorban apa sahaja untuk insan yang dikasihi. Dan keadaan ini ada kalanya diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertangungjawab.
Ikuti tembual menarik untuk merungkai psikologi wanita berkaitan rumahtangga dalam episod VS WANITA : Wanita gagal komunikasi, cinta pengorbanan, rela tanggung biawak hidup.

