Hannah Delisha akui merancang soal zuriat – “Nak jaga anak ni perlukan tanggungjawab yang besar bukan macam jaga kucing…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Hannah Delisha mendedahkan pernah berbincang dengan suami, Imam Shah mengenai perancangan cahaya mata selepas perkahwinan mereka kini sudah memasuki tahun ketiga.

Ujar Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch,27, seandainya diberikan rezeki, dia ingikan empat cahaya mata bagi melengkapkan ikatan keluarga yang dibina atas dasar cinta.

Walau bagaimanapun, Hannah akui bukan mudah untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang ibu kerana memerlukan persedian mental dan fizikal.

“Saya dan Imam pernah je berbincang mengenai zuriat. Saya akui memang kami merancang sebab saya fikir saya kahwin bukan terus nak ada anak sebab saya tahu tanggungjawab akan lebih besar lepas ada anak.

“Saya tidaklah menghalang sekiranya diberikan rezeki anak. Semua itu atas keizinan Allah.

“Nak jaga anak ni perlukan tanggungjawab yang besar bukan macam jaga kucing. Nak jaga kucing pun tanggungjawab yang berat sebab nak beri makan, minum dan macam-macam lagi.

“Saya inginkan sepasang cahaya mata tapi kalau diberikan rezeki lebih, empat orang anak pun dah cukup,” katanya kepada URTV.

Hannah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Andai Itu Takdirnya di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, semalam.

Tambah Hannah lagi, dia ingin meluangkan masa dan memberikan kasih sayang kepada anaknya apabila sudah benar-benar bersedia untuk ke fasa tersebut.

Ujar Hannah lagi, kalau boleh dia tidak mahu terlalu terikat dengan jadual kerja seni yang padat apabila sudah dikurniakan zuriat.

“Kami nak pastikan betul-betul bersedia sebab bila ada anak, saya nak luangkan masa dengan anak dan bagi perhatian sepenuhnya kepada dia.

“Bila saya rasa kerja macam tak terlalu sibuk, kami cubalah. Tapi itulah apa-apa pun ia bergantung kepada keizinan Allah,” ujarnya.

Kagum dengan ibu-ibu berkerjaya

Sementara itu, Hannah sempat meluahkan perasaan bangga terhadap ibu bekerjaya di luar sana kerana masih lagi menjalankan tanggungjawab biarpun sibuk dengan kerjaya.

Jelas Hannah, pengalaman melihat ibunya yang juga berstatus ibu tunggal membesarkan dirinya dengan penuh cabaran membuatkan dia begitu mengagumi insan bergelar ibu.

“Saya sebenarnya kagum dengan ibu-ibu yang boleh kerja dan pada masa sama jaga anak.

“Bukan mudah sebab ibu saya pun seorang ibu tunggal. Saya nampak sendiri cabaran dia menjaga dan membesarkan saya sambil bekerja.

“Saya bersyukur sebab orang sekeliling tidak pula mengesa saya untuk lekas menimang cahaya mata. Jika ada pun yang bertanya tentang anak, saya bukanlah seorang yang cepat kecil hati tapi saya akan minta mereka doakan untuk saya diberikan rezeki anak,” ungkapnya.

Hannah dan Imam yang juga pelakon dari Singapura mendirikan rumah tangga sekitar Feb 2021.

Dalam perkembangan lain, Hannah bakal bergandingan dengan Shukri Yahaya menerusi drama yang diadaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah iaitu Andai Itu Takdirnya yang akan ditayangkan pada 6 Mac ini di Astro Ria (Astro 104).

Selain mereka berdua, megadrama tersebut turut dibintangi oleh Puteri Sarah Liyana, Idzham Ismail, Dayang Areeda, Zulkifli Ismail, dan Aida Khalida.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This