Isteri Hafidz Roshdi sudah failkan cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

ISTERI kepada aktor Hafidz Roshdi, 29, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, memaklumkan sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin lalu.

Menurut Nurul Shuhada, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak keluarga.

“Ya betul, saya sudah failkan perceraian selepas ia dipersetujui kedua-dua pihak. Ia berlaku atas persetujuan bersama Hafidz dan keluarga saya.

“Kalau boleh tanpa kehadiran media. Jadi kami pergi ke mahkamah pada Isnin lalu.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan, insya-Allah. Saya harap perkara ini tidak menyusahkan mana-mana pihak,” katanya kepada URTV.

Hantaran terbaharu Nurul Shuhada di laman Instagram yang memuat naik gambar dirinya berlatarkan gegantung iklan mahkamah telah menarik perhatian netizen.

Menerusi ruangan kapsyen di foto tersebut, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berharap agar nafkah buat anaknya tidak akan diabaikan apabila sudah sah bercerai.

“Semoga nafkah anak-anak tidak akan putus. Amin,” tulisnya.

Sementara itu, komen Hafidz di foto tersebut turut menuai perhatian netizen.

Hafidz berjanji tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah.

“Insya-Allah rezeki anak-anak takkan putus, nafkah pun sama,” katanya.

Terdahulu, URTV melaporkan adik perempuan Nurul Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia mendedahkan Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu.

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain, bernama Athira Yuhada.

Athira Yuhada juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon tersebut namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This