Syafiq Kyle, Rosyam Nor, Remy Ishak, Syukri Yahaya, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Hannah Delisha antara selebriti Bulan Bintang Sedekad Menyinar

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SEMPENA meraikan ulang tahun ke-10 Bulan Bintang, sebuah pertunjukan fesyen dengan tema Sedekad Menyinar telah berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur Convention Centre.

Pertunjukan fesyen Bulan Bintang kali ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) untuk seisi keluarga merangkumi baju melayu pelbagai pilihan potongan beserta koleksi pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan lebih 70 pilihan warna. 

Terbaharu, Bulan Bintang mengumumkan koleksi Baju Melayu dengan tiga pilihan potongan Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit serta penggunaan kain yang lebih lembut, ringan, sejuk dan jahitan yang kemas untuk digayakan sepanjang hari. 

Sebagai jenama yang inklusif, koleksi kali ini ditawarkan dengan pilihan saiz sehingga 8XL dan pelbagai pilihan kurta. 

Kesemua koleksi ini diperagakan oleh barisan selebriti ternama tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali dan Hannah Delisha. 

Bulan Bintang juga menampilkan barisan duta istimewa seperti, Zahiril Adzim, Ain Edruce, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Mimi Lana, Datuk Ramli MS, Datuk Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Sabri Yunus dan Angeline Tan. 

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi berkata, pihaknya amat bersyukur jenama Bulan Bintang masih berkembang pesat dan kekal bersinar selama sedekad dalam pasaran yang amat kompetitif ini. 

“Semua ini adalah hasil sokongan rakyat Malaysia disamping penambah baikan daripada segi kualiti dan khidmat pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaan syarikat. 

“Sebagai penghargaan kepada pembeli Bulan Bintang selama sedekad ini, kami menawarkan pelbagai hadiah menarik hasil kolaborasi korporat bersama jenama-jenama hebat seperti GB Gold yang menawarkan 1 kilogram jongkong emas, tiket penerbangan percuma selama setahun daripada AirAsia, RM150,000 duit raya daripada Hausboom, pakej haji dan umrah daripada Tabung Haji dan Kahf, 120,000 voucher daripada Tealive dan banyak lagi hadiah menarik yang disumbangkan oleh Tudung Ruffle, Russell Taylors, Mutu Case dan Mokkys Pizza dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10 juta. 

“Terdapat juga Biskut Raya Edisi Khas yang boleh didapati secara eksklusif di 7 Eleven seluruh Malaysia. Kerjasama seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana jenama fashion tempatan,” katanya.

Pertunjukkan fesyen ini diselang-selikan dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada Zeppo Youngsterz Dancer, Datuk Jamal Abdillah serta Bunkface. 

Selain itu, pengumuman pemenang bagi Bulan Bintang Next Top Model yang menampilkan finalis dalam lingkungan 40 sehingga 70 tahun yang terdiri daripada orang awam. 

Pemenang juga membawa pulang hadiah utama wang tunai bernilai RM10,000 melalui undian daripada juri dan penonton yang hadir. 

Azzim menyasarkan jualan sebanyak 1.5 juta helai pakaian untuk kempen kali ini dan menggesa orang ramai untuk membeli koleksi raya Sedekad Menyinar Bulan Bintang di 15 butik seluruh negara dan di platform TikTok yang merupakan rakan kerjasama strategik dan penghantaran seluruh Malaysia diuruskan oleh Ninjavan selaku rakan logistik rasmi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This