Jangan nilai orang daripada gaya rambut, ketua kampung mohawk bersuara merdu tular

Dari Penulis

SEORANG ketua kampung di Sigerongan, Lombak Barat di Nusa Tenggara Barat menjadi bualan netizen selepas muncul dengan gaya rambut mohawk berwarna merah jambu dan bersuara merdu.

Memetik laporan Detik.com, Dian Siswadi ,37, sengaja melakukan gaya rambut tersebut sebagai salah satu tarikan pelancong ke kawasan perkampungan Sigerongan.

“Kalau kampung lain ada tempat pelancongan, cepat viral. Jadi, bagi saya, apa yang boleh saya viralkan? Ya, hanya daripada gaya rambut,” katanya.

Dian mula dikenali ramai menerusi klip video memaparkan beliau melakukan tugasan cubaan suara pada mikrofon di masjid sehingga menyebabkan warganet terpegun dengan keindahan alunan suaranya.

Bagaimanapun, gaya unik rambut Dian itu telah mendapat perhatian pihak Pemerintah Daerah Lombok Barat sehingga dipanggil bagi memberikan keterangan.

Menurut Dian, setakat ini tiada sebarang rungutan yang diterima dari masyarakat mengenai gaya rambutnya.

“Apapun tanggapan mereka tidak mengapa. Yang penting saya tetap dapat berkhidmat kepada masyarakat dengan baik,” ujarnya.

Menurut Ketua Perkhidmatan Pemerkasaan Masyarakat, Kampung Lombok Barat, Heri Ramadhan, gaya rambut Dian tidak bersesuaian sebagai seorang ketua kampung.

“Memang tiada peraturan untuk gaya rambut ketua kampung. Apa yang kita kawal setakat ini ialah penggunaan pakaian seragam dari hujung kaki ke kepala,” ujarnya.

Baca : Peringatan Untuk Lelaki! Potong Rambut Gaya al-Qaza’ Haram Hukumnya?

Malah, pencapaian Dian sebagai ketua kampung selama empat tahun tidak menunjukkan sebarang masalah dan dalam rekod yang amat baik.

Bagaimanapun, amaran akan diberikan kepada Dian tentang gaya rambut yang pelik sekiranya mendapat reaksi negatif daripada orang awam dan pemimpin agamawan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua beradik maut MPV bertembung kereta ketika memotong motosikal

HASRAT dua beradik untuk pulang ke Temerloh berakhir tragedi apabila mereka maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki...

More Articles Like This