SEORANG pemandu kereta maut dalam kemalangan dua buah kenderaan di Bandar Tasek Selatan, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 pagi.
Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Komander Operasi Rosuhili Mohd Taharim tiba di lokasi lapan minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan Ford Everest dan Nissan Almera.
“Pemandu Almera berusia 46 tahun telah tersepit di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Wanita maut selepas Exora dinaiki dirempuh Persona langgar lampu merah
Jelasnya, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh paramedik sebelum diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

