Remaja maut selepas melambung langgar kereta

Dari Penulis

SEORANG remaja maut selepas motosikal yang ditunggangi melanggar sebuah kereta di Kilometer 33.5, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 11.35 malam.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sewaktu pemandu kereta berusia 25 tahun dalam perjalanan ke kedai tayar.

“Sampai di lokasi kejadian, pemandu kereta telah memberi isyarat ke kanan dan tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah belakang lalu melanggar kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kejadian itu, penunggang motosikal berusia 19 tahun telah melambung sebelum jatuh di atas jalan raya dan disahkan maut.

Jelasnya, pemandu kereta ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Puteri Famieza Abd Kahar di talian 017-2047828.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This