SHAH ALAM 18 MAC 2023. Pengurus Besar Kanan dan Pengurusan Kandungan Siaran TV3, Siti Nurlisia Mohd Nazri (tiga dari kanan) bersama Pengurus Besar Pengurusan Kandungan TV9, Khairuninisa Kamarulzaman (tengah) dan Ketua Pegawai Operasi Wowshop, Norashikin Habibur Rahman bersama barisan pelakon dan penyanyi pada sidang media kempen Seindah Kasih anjuran Media Prima sempena Ramadan Raya 2023 di Studio Ntv7. STR/GENES GULITAH

 BULAN Ramadan, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Bulan yang penuh dengan kemuliaan, kesyukuran dan keberkatan ini sungguh bermakna kerana memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri, mengeratkan perpaduan serta silaturahim dalam kalangan masyarakat majmuk, selain mendapat pahala berlipat ganda. Itulah yang ingin disampaikan menerusi kempen Seindah Kasih anjuran Media Prima.

Tahun ini, Media Prima Berhad akan menyemarakkan kempen Ramadan Raya 2023 menerusi TV3, TV9, Tonton, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Primeworks Studios dan rangkaiannya.

Setiap dugaan dan cabaran akan dibalas dengan pahala bagi setiap umat Islam yang bersabar dan redha dengan keadaan yang telah ditakdirkan oleh Allah. Tema Seindah Kasih dipilih sebagai satu pesanan kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati terutamanya selepas mengharungi pelbagai ujian ketika memerangi wabak COVID-19 dan bencana alam yang telah meragut nyawa dan merosakkan harta benda. Mari kita sama-sama bersedekah secara ikhlas dan memberi sinar kebahagiaan kepada golongan yang lebih memerlukan. 

Seindah Kasih menampilkan Mimi Lana, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Ain Edruce dan Ejen Ali sebagai wajah kempen. Selain itu, kempen tersebut juga melancarkan lagu tema Seindah Kasih yang dinyanyikan oleh Bil Musa dan Aqmal Ramdan, naib juara Terpaling Juara.

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Roadshow

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda akan mengembara ke serata Semenanjung Malaysia iaitu zon Utara, Selatan, Tengah dan Timur di bulan Ramadan dari 22 Mac hingga 16 April 2023 untuk mengagihkan set iftar dan barangan keperluan ke rumah anak yatim, rumah kebajikan orang tua, golongan ibu tunggal dan juga golongan B40. 

Tonton

Menerusi kempen Seindah Kasih, eksklusif di Tonton, perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia menampilkan Tonton Original: Seindah Kasih The Movie lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz dan Shasha Abedul yang bakal bersiaran di Tonton pada 12 April 2023. Selain itu, Tonton akan mempersembahkan Tonton Soundstage X Seindah Kasih  yang menampilkan penyanyi lagu tema kempen iaitu Bil Musa dan Aqmal Ramdan.

TV3 & TV9 

TV3 dan TV9 menyajikan program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton sepanjang bulan Ramadan ini. Shopee kembali di bulan Ramadan ini dengan rancangan yang diberikan nafas baharu iaitu ‘Shopee Malam Ni: Ramadan Kasih Sayang’. Pastikan temujanji anda menonton program konsep baharu yang bakal menghiasi malam Ramadan anda pada 4 April ini bermula pukul 9.00 malam hingga 10 malam hanya di TV3 dan Shopee LIVE.

WOW Seindah Kasih Ramadan

WOWSHOP telah melancarkan platform perayaan gaya hidup sehenti “WOW Seindah Kasih Ramadan” untuk persiapan Pra-Ramadan – Raya anda! Terdapat program istimewa siaran langsung, diskaun segera serta pelbagai tawaran pulangan tunai. Layari www.wowshop.com.my untuk maklumat lanjut atau ikuti secara langsung WOWSHOP di TV3 dan TV9.

Titipan Kasih (TKHM)

Titipan Kasih atau TKHM  merupakan salah satu inisiatif untuk menyantuni masyarakat dan pembaca yang sentiasa menyokong. TKHM juga merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan termasuk keluarga-keluarga miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, rumah-rumah kebajikan, mangsa bencana alam dan sebagainya. Ditubuhkan pada 2007, TKHM bermatlamat membantu golongan terjejas tanpa mengira umur, bangsa dan agama. Untuk maklumat lanjut layari www.hmetro.com.my/titipankasih

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia. Gunakan #SeindahKasih untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Tanyalah Ustaz Seindah Kasih (30 episod) 

Mulai 23 Mac 2023, Setiap Hari, TV3: 7.00 pagi – 8.00 pagi, TV9: 7.00 pagi –  8.30 pagi

Hos: Da’i Hakim, Da’i Luqman, Da’i Annas, Da’i Aiman, Da’i Hadhari, Da’i Hazrin, Da’i Fahmi

Ikuti perbincangan pelbagai topik Ramadan, isu semasa dan topik penuh inspirasi yang pastinya menjawab persoalan anda tentang agama dan kehidupan bersama panel-panel keagamaan terkenal tanah air.

Tanyalah Ustaz Juz ‘Amma 

Isnin – Jumaat, 6.30pagi – 6.50pagi (TV3 & TV9)

Mulakan pagi anda dengan alunan bacaan tarannum surah-surah Juz ‘Amma oleh Ustaz Fakhrul Radhi, Da’i Fahmi & Da’i Hakim. Bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat sepanjang Ramadan.

Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul lll (10 episod)

Mulai 18 Mac 2023, Sabtu & Ahad, 6.30 petang –  7.00 malam

Hos: Fedtri Yahya

Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul III mengimbau sejarah alim ulama negeri Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Institusi pondok yang menjadi pusat pengajian Islam nusantara sejak 4 kurun silam di sana menjadi petunjuk kesinambungan tradisi keilmuan yang subur terutamanya sepanjang  kurun ke 18 dan 19. 

Sembang Sahur (9 episod)

Mulai 23 Mac, Rabu & Khamis, 11.00 malam – 12.00 tengah malam

Hos: Da’i Aiman, Ustaz Zarifi, Da’i Luqman, Dayah Bakar, Fadzly Fuad, Hanif Miswan, Anim Ezati

Program bual bicara yang sudah tidak asing lagi di bulan Ramadan, membincangkan pelbagai topik menarik yang berkaitan dengan Ramadan dan Raya, inisiatif amal di segmen Singgah Sahur, belajar resipi baharu yang mudah dan cepat di segmen Jom Masak serta tips motivasi dari panelis jemputan.

Sahabat Backpackers (4 episod)

Mulai 25 Mac 2023, Sabtu, 1.00 petang – 1.30 petang

Hos: Jalal Zaki, Da’i Azrin

Sebuah travelog kembara yang mengajak penonton mengembara mencari keindahan di sebalik kehidupan. Siri kali ini yang mengembara ke Sabah dan Sarawak merungkai kisah-kisah kehidupan dengan paparan gaya hidup kini tetapi masih mengekalkan nilai-nilai murni. Nilai penghargaan terhadap agama, budaya dan keindahan alam juga turut diterapkan. Menepati tema travelog, rancangan ini berkongsi lokasi menarik di setiap destinasi beserta sinematografi indah.

Gaya Hidup 

Jalan Jalan Cari Makan Ramadan

Setiap Ahad, 11.30 pagi – 12.00 tengahari

Hos: Nadia Hasnan

Bersama dengan hos, Nadia Hasnan, Jalan Jalan Cari Makan Ramadan akan mencari juadah berbuka puasa untuk edisi khas bulan Ramadan. 

Jom Berbuka (4 episod)

Mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu, 6.00 petang – 6.30 petang

Selebriti: Aqeesh Aleeya & Aqmal Ramdan, Muaz Zabir & Raden, Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Namie & Sharif ZERO

Saksikan selebriti popular menyediakan menu berbuka puasa. Mereka juga akan berkongsi perkembangan terkini dalam kerjaya dan hidup mereka.

Pesan Makan (4 episod)

Mulai 26 Mac 2023, setiap Ahad, 6.00 petang – 6.30 petang

Hos: Izzue Islam, Fizo Omar

Pesan Makan merupakan sebuah drama berkonsepkan program masakan yang memaparkan cabaran dua adik beradik Hambali (Fizo Omar) dan Hakimi (Izzue Islam) dalam menjalankan bisnes pesanan makanan yang menawarkan menu Bazar Ramadhan semenjak dilanda impak ekonomi dari pandemik Covid-19 yang lalu. Masih mengekalkan konsep yang sama, Pesan Makan akan terus menerus mengadakan siaran langsung di laman sosial mereka dari dapur bujang mereka, sambil menerima tempahan di atas talian. Kali ini, mereka berdua ingin mencuba menu turki yang boleh menepati cita rasa dan selera masyarakat tempatan.

Apa Nak Masak Ni? (4 episod)

Mulai 26 Mac 2023, setiap Ahad, 5.00 petang – 5.30 petang

Selebriti: Wany Hasrita & Mohd Al-Adib

Program masakan secara santai yang mengetengahkan masakan dan resipi kegemaran tradisi istimewa Wany Hasrita dan Mohd Al-Adib dalam menyediakan juadah berbuka puasa. 

Program Hiburan 

My Name Is Lola (10 episod)

Mulai 18 Mac 2023, Sabtu & Ahad, 2.00 petang  – 2.05 petang

Pelakon: Ain Edruce, Izzue Islam

Setelah berhijrah ke bandar kerana mengikut suaminya yang baru bertukar kerja, Lola telah membuat keputusan untuk berhenti menjadi model dan ingin memberi fokus sepenuhnya kepada famili. Dengan cara dan gaya Lola yang suka nak melawa, ia agak sukar untuk membiasakan dirinya dengan kerja rumah dan menjaga anak sendiri. Adakah Lola akan meminta bantuan atau cuba untuk menyelesaikan sendiri?

Oh Mummy!(4 episod)

Mulai 25 Mac 2023, Sabtu, 5.30 petang – 6.00 petang

Selebriti: Sharifah Shahira sekeluarga

Ikuti persiapan Hari Raya oleh Sharifah Shahira dengan anak-anak beliau dari menghias rumah dan membeli belah barang keperluan untuk sambutan Hari Lebaran.

Diary Daddy (4 episod)

Mulai 26 Mac 2023, Ahad, 5.30 petang – 6.00 petang

Pelakon: Black Hanifah, Khaleef Dayyan, Rindu Dayyana

Diari Daddy 2023 mengisahkan rutin harian keluarga Black, seorang penyanyi dan pelakon terkenal bersama-sama dengan dua orang anak yang comel. Bagaimanakah Black membahagikan waktunya antara kerja dan anak-anak. 

Shopee Malam Ni: Ramadan Kasih Sayang

4 April 2023, Selasa, 9.00 malam – 10.00 malam

Shopee kembali di bulan Ramadan ini dengan rancangan yang diberikan nafas baharu iaitu ‘Shopee Malam Ni: Ramadan Kasih Sayang’. Pastikan temujanji anda menonton program konsep baharu yang bakal menghiasi malam Ramadan anda pada 4 April ini bermula 9 hingga 10 malam hanya di TV3 dan Shopee LIVE.

Drama 

Lestary: Jaga Aku Selamanya (13 episod)

Mulai 15 Mac 2023, Rabu – Sabtu, 9.00 malam

Pelakon: Nadiya Nisaa, Puteri Rafasya, Baqir Jamalullail, Dzul Hadziq, Putri Iesya

Dunia Maya menjadi kelam apabila seorang isteri yang naif dan ibu kepada lima orang anak yang masih kecil ditinggalkan oleh suami yang diharapkannya, Syukri. Akibat terdesak, dia meninggalkan anak-anaknya untuk mencari kerja dan Mia, anak mereka yang baru berumur 12 tahun terpaksa memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya. Bagaimanakah Maya dan anak-anaknya menghadapi dugaan ini? 

Akasia: Melur Untuk Firdaus 2 (35 episod)

Mulai 16 Mac 2023, Khamis – Jumaat, 7.00 malam, Mulai 20 Mac 2023, setiap hari, 6.58 petang

Pelakon: Anna Jobling, Meerqeen, Eyka Farhana, Azim Yusof, Fimie Don, Haleeda, Hairi Safwan, Taib Zamannuri dan Zainon Ismail

Rumah tangga Melur dan Firdaus kini bahagia. Mereka berdua ingin mengukuhkan perhubungan namun sentiasa berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam mencari kebahagiaan. Tambahan pula, Firdaus terpaksa mengendalikan projek syarikat di luar bandar, menyebabkan dirinya sibuk dengan kerja dan banyak meluangkan masa dengan rakan sekerjanya Mawar. Mawar pula mula menaruh hati kepada Firdaus. Melur teruja untuk mengembangkan kerjayanya dalam dunia penulisan buku kanak-kanak. Dalam usaha membuka syarikat penerbitan novel kanak-kanak, rakan kongsinya, Zackery dalam diam menaruh hati kepada Melur. Bagaimana kesudahan kisah Melur dan Firdaus, adakah bahagia milik mereka?

Samarinda: Bukan Puteri Lindungan Bulan (40 episod)

Mulai 21 Mac 2023, Isnin – Jumaat, 10.00 malam.  

Pelakon: Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Bahrin

Puteri Larasti Aisya (Lara) yang berminat untuk belajar di jurusan undang-undang terpaksa berhenti belajar kerana dia dikehendaki untuk mengambil alih perniagaan milik keluarganya. Hidupnya yang penuh dengan drama dan konflik, hanya teman lelakinya, Zafir menjadi sandaran kasih sayang kepada Lara. Lara harus bangkit dan mencari kekuatan untuk berhadapan dengan tragedi hidupnya seterusnya mencari kebahagiaannya. 

Misteri Flat Kirana (12 episod)

Mulai 26 Mac 2023, Ahad – Selasa, 11.00 malam

Pelakon: Ropie, Rahmad Mega, Zara Zya, Afifah Nasir, Ah Chong, Puteri Balqis

Tok Jat ialah seorang dukun yang terkenal di Flat Kirana. Tok Jat sangat disenangi kerana sikapnya yang peramah dan suka membantu penduduk flat walaupun ada yang tidak dikenali olehnya. Kematian Tok Jat secara mengejut telah menimbulkan huru-hara di Flat Kirana apabila makhluk halus yang diperangkap oleh Tok Jat selama ini telah terlepas dan berkeliaran di sekitar Flat Kirana. Bermulalah misi penduduk Flat Kirana untuk memburu dan menangkap makhluk halus yang mereka juga tidak kenali. 

Sakura: Sekali Aku Bahagia (15 episod)

Mulai 28 Mac 2023, Isnin – Khamis, 6.00 petang – 7.00 malam

Pelakon: Ummi Nazeera, Keith Foo, Nabila Huda

Aireen dan Naufal adalah adik-beradik. Aireen jatuh cinta dengan Muaz, pekerja di kedai abangnya. Walaupun sudah berkahwin dengan Rania, Muaz telah menikahi Aireen tanpa memberitahu status perkahwinannya. Konflik bermula apabila Aireen mendapat tahu tentang rumah tangga Muaz dan Rania yang sudah pun mempunyai seorang anak perempuan. Rania tidak sedar akan kecurangan suaminya. Keadaan menjadi lebih rumit kerana Aireen tidak mahu bermadu dan hanya mahu memiliki Muaz untuk diri sendiri. Rania pula kini harus bangkit dan berjuang demi masa depan anaknya. 

Lestary: Bintang (20 episod)

Mulai 6 April 2023, Rabu – Sabtu, 9.00 malam

Pelakon: Ruhainies, Daniel Fong

Iris dan Thiraak belajar di sekolah menengah yang sama. Mereka selalu berjumpa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis sesi persekolahan. Thiraak ialah anak keturunan Thailand yang mempunyai ciri-ciri Melayu yang kuat dan bersikap peramah. Iris pula seorang yang ‘playful’ dan berasal dari keluarga yang berada. Pertemuan Iris dan Thiraak telah membibitkan perasaan cinta. Mustaffa juga mengejar cinta Iris. Iris telah dihantar ke luar negara setelah Mustaffa memberitahu hubungan Iris dan Thiraak kepada ibu bapa Iris. Thiraak dan Iris terputus hubungan. Beberapa tahun kemudian, Iris pulang ke Malaysia setelah ibu bapanya meninggal dunia. Masih adakah peluang kedua bagi Iris dan Thiraak setelah berpisah selama beberapa tahun? 

Akasia: Kerasnya Takdir (28 episod)

Mulai 22 April 2023, Setiap Hari, 7.00 malam

Pelakon: Amyra Rosli, Redza Rosli

Munir dan Jiha berpegang teguh kepada cinta mereka walaupun dibantah oleh kedua-dua keluarga mereka. Aminah kecewa dengan pilihan Munir yang mahu hidup bersama Jiha dari kelas bawahan dan hanya menguruskan sebuah kedai. Aminah mengharapkan Munir untuk mewarisi syarikatnya dan juga berkahwin dengan pilihan calon menantunya, Emilia. Kehidupan Munir dan Jiha musnah selepas Munir terlibat dalam kemalangan dan anak mereka pula diculik secara misteri. Jiha telah dituduh berzina dan keadaan mentalnya juga tidak stabil selepas kehilangan Munir dan anak mereka. Selepas 6 tahun, Jiha bertemu semula dengan Munir apabila dia terjumpa anaknya yang sudah lama hilang. Adakah cinta mereka akan bertaut kembali ataupun Munir sudah meneruskan kehidupannya?