Pencakar langit tertinggi di Klang, KSL Esplanade Hotel sedia santuni tetamu

Dari Penulis

BARU-BARU ini telah berlangsungnya majlis perasmian dan pembukaan KSL Esplanade Hotel cawangan Klang milik KSL Holdings Berhad.

Seiring memulakan operasi, Pengarahnya iaitu Khoo Kheng Ghiap dalam ucapannya amat mengalu-alukan kedatangan para tetamu untuk menikmati fasiliti kelas sederhana yang mereka tawarkan.

“Kami sengaja bina hotel ini di kawasan yang sedang membangun iaitu Bandar Bestari Klang yang jaraknya kira-kira 10 kilometer dari bandar Klang.

“Biarpun sedikit jauh dari bandar, namun kedudukan hotel ini sangat strategik bagi memenuhi keperluan sewajarnya di untuk penduduk sekitar.

“Kalau kami bina di bandar, di sana sudah terdapat banyak pilihan hotel dan secara tidak langsung, saingannya sengit.

“Di sini kami boleh dikatakan pelopor atau syarikat terawal yang menawarkan perkhidmatan sebegini tanpa adanya persaingan lain,” katanya.

(Dari kiri) Pengurus Sumber Manusia, Kee Ooi Nin, Kheng Ghiap dan Penolong Pengurus Operasi, Jeff Gan.

Sebagai struktur binaan pencakar langit pertama dibina di Bandar Bestari Klang, ternyata ia menjadi kelebihan KSL Hotel untuk mengukuhkan jenamanya memandangkan tiada premis perniagaan lain yang setara dengan bangunan setinggi 23 tingkat itu.

Selain itu, turut menjadi kebanggaan mereka ialah Sora Skybar yang terletak di tingkat paling atas, sekali gus menawarkan pemandangan panorama bandar Klang.

Semestinya produk utama KSL Hotel adalah ruang penginapan yang merangkumi sejumlah 403 bilik kontemporari dan moden termasuk Superior, Deluxe, Family, Premier dan Executive Suite untuk tetamu menginap dengan penuh privasi dan selesa.

Menepati status hotel bertaraf empat bintang, KSL Esplanade Hotel juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti lain yang serba moden dan terkini.

Untuk merasai pengalaman unik dan istimewa, bakal tetamu boleh membuat tempahan melalui alamat e-mel yakni [email protected] atau menghubungi talian 03-30002288 atau terus saja melayari laman sesawang rasmi mereka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This