Murid maut: Polis buru kumpulan lelaki pukul pemandu lori kontena

Dari Penulis

POLIS kini mengesan sekumpulan lelaki yang bertindak memukul pemandu lori kontena sehingga cedera dalam kejadian kemalangan maut membabitkan murid sekolah di Jalan Telok Gong, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pemandu lori berusia 36 tahun pada pukul 8.14 malam.

With a SIM unlocked phone, you can place a SIM from any carrier that uses the adhere to the unlocking policy of the Bay County Library providing network service.

Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, pengadu yang memandu di lokasi kejadian telah melintas simpang Jalan Bawal sebelum secara tiba-tiba keluar sebuah motosikal dari persimpangan jalan.

“Penunggang motosikal bersama dua kanak-kanak masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun telah terjatuh di atas jalan raya selepas hilang kawalan.

Kanak-kanak perempuan telah digilis oleh roda tayar belakang lori kontena bermuatan peralatan pembuat paip dan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, penunggang dan kanak-kanak lelaki yang mengalami kecederaan telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Hoong Fong berkata, sekumpulan lelaki telah berkumpul di lokasi kejadian dan memukul pengadu serta memecahkan cermin hadapan lori kontena.

“Pengadu mengalami kecederaan luka di pipi kanan, lebam mata, sakit di seluruh anggota badan dan menerima rawatan di hospital,” ujarnya.

Bahagian Siasatan Jenayah telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147 / 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rusuhan serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat terhadap harta benda.

Katanya, polis masih meneruskan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau suspek yang terlibat diminta untuk menyalurkan kepada IPD Klang Selatan di talian 03- 33762222 atau balai polis yang berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun antara 13 didakwa merusuh di Jinjang

SERAMAI 13 lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini,...

More Articles Like This