Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 dibuka

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui agensi pelaksana iaitu Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) telah membuka permohonan bagi Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023 bermula 23 Mac lalu.

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui peluang pembiayaan dana sehingga RM300,000 yang akan ditutup secara berperingkat.

“DKD Industri Muzik 2023 diperuntukkan oleh kerajaan bagi memudahkan dan menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan muzik yang berdaya cipta serta berupaya dipasarkan dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

“Dana ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa, Dana Kebolehpasaran (Domestik) Create 2 Market, dan Dana Persembahan Muzik,” katanya.

Nilai geran yang ditawarkan pula berjumlah RM100,000 (Create 2 Market) dan RM300,000 (Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa, dan Dana Persembahan Muzik).

“Pemilihan penerima bagi ketiga-tiga dana ini akan dilaksanakan berasaskan merit agar dapat memberi sokongan mampan dalam membangunkan projek serta kandungan muzik yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

“Tahun lalu sebanyak RM3.6 juta DKD Persembahan Muzik 2022 telah diluluskan yang memberi tumpuan kepada penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert.

“Pembukaan program DKD Industri Muzik ini diharap dapat merealisasikan iltizam Kumpulan MyCreative dalam menyokong Industri Kreatif negara, terutamanya Industri Muzik,” ujar kenyataan tersebut.

Maklumat lanjut mengenai DKD Industri Muzik 2023, layari http://mycreative.com.my/dkdmuzik_2023.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This