“Rindunya pada mereka Ya Allah…,” – Farid Kamil kongsi video memori bahagia tunai umrah bersama Diana, anak-anak

Dari Penulis

“Rindunya pada mereka Ya Allah… Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu,” demikian luahan hati pelakon Farid Kamil yang ditulis di kapsyen Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu juga, Farid turut memuat naik video saat mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

Hantaran tersebut menerima 33,359 tanda suka dan hampir 390 komen daripada pengikutnya.

Malah, menerusi entri lain, Farid turut berharap agar konflik rumah tanggannya akan berakhir dengan baik.

“Alhamdulillah, semuanya akan baik-baik sahaja. Insya-Allah, Ingatlah! Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang ada di langit dan di bumi.

“Sesunguhnya janji Allah itu pasti tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,” tulisnya.

Menerusi pemerhatian URTV di ruangan komen, rata-rata mendoakan yang terbaik agar Farid dapat bertemu semula dengan anak-anaknya sekaligus hubugannya dengan isteri, Diana Danielle dapat dipulihkan.

“Pujuk Diana Danielle semula Farid Kamil. Hati perempuan ini mudah lembut. Semoga Ramadan membuka hatinya dan menyatukan kalian.

“Sabar itu indah. Hadapi dugaan dengan senyuman. Insya-Allah ada kemanisan di sebalik kepahitan.

“Kejar dia jika sayang…jangan sakitnya, jangan burukkan dia. Jadi suami dan ayah yang mampu mendidik, Insya-Allah ada jalan. Kejar sampai dapat semula, kalau betul-betul sayang.

“Selagi tiada orang ketiga, Insya-Allah masih ada sinar. Moga bulan mulia, Allah lembutkan hati Diana Danielle. Semoga jodoh milik kalian,” komen netizen.

Farid dilaporkan dihalang daripada bertemu anak-anaknya iaitu Muhammad,10 dan Aurora, 8 tahun.

Kemelut rumah tangga pasangan itu heboh diperkatakan sejak minggu lalu selepas media melaporkan pelakon filem Remp-IT itu enggan melafazkan talak terhadap Diana pada 20 Mac lalu.

Difahamkan Diana membuat permohonan cerai pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan diberikan dalam permohonannya ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat hidup bersama sebagai suami isteri.

Justeru, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP), esok.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This