Penyakit Sakit Kepala jenis Cluster
Penyakit sakit kepala jenis ini sering berlaku kepada kaum lelaki berbanding kaum wanita. Ia dipanggil cluster kerana ia sering berlaku pada waktu yang lama. Penyakit ini boleh menyerang selama beberapa hari, minggu dan kadang-kadang berbulan-bulan.
Kesan penyakit sakit kepala jenis cluster ini menyebabkan rasa sakit pada bahagian keliling mata, muka, kepala, leher dan bahu.
Berbeza dengan penyakit migrain, penyakit sakit kepala jenis cluster boleh menyebabkan rasa gelisah kerana terdapat beberapa kes di mana pesakit berasa gelisah apabila sedang baring.
Bagi penyakit jenis ini, ubat penahan sakit biasa tidak dapat membantu bagi mengurangkan kesan sakit kepala. Anda dinasihatkan agar berjumpa doktor bagi mendapatkan preskripsi ubat yang sesuai.

Penyakit Sakit Kepala Jenis Rebound
Mengambil terlalu banyak ubat penahan sakit boleh mengakibatkan sakit kepala yang berterusan. Penyakit sakit kepala jenis ini yang dinamakan rebound.
Penyakit sakit kepala jenis ini boleh berlaku jika mengambil ubat penahan sakit yang banyak atau ubat untuk penyakit sakit kepala kerana sinus di mana perskripsi ubat melebihi 10 ke 15 hari dalam masa sebulan.
Akibat daripada mengambil ubat-ubatan ini ia boleh menyebabkan bahagian bawah anggota badan menjadi terlalu sensitif apabila dos ubat penahan sakit hilang kesannya.
Pada hakikatnya, untuk mengurangkan pengambilan ubat penahan sakit terutamanya apabila sakit kepala menyerang bukan perkara yang mudah. Bagaimanapun, langkah ini perlu kerana penyakit ini boleh berlarutan. Jika anda mendapati diri anda menghidap penyakit ini, segera berjumpa doktor.
Selain daripada itu, anda boleh membuat kajian untuk mencari alternatif lain seperti melakukan akupunktur atau yoga.
Jika penyakit ini berlaku, anda dinasihatkan jangan menggunakan sebarang ubat penahan sakit tanpa nasihat doktor.

Sakit Kepala Akibat Senaman
Terdapat sesetengah kes di mana sakit kepala menyerang kaum wanita sebaik sahaja selesai melakukan aktiviti senaman terutamanya aktiviti senaman yang berat.
Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku selepas melakukan aktiviti-aktiviti yang tertentu seperti senaman atau selepas melakukan hubungan seks antara suami dan isteri.
Sakit kepala jenis ini boleh dikaitkan dengan penyakit migrain kerana ia selalu terjadi kepada pesakit yang juga menghidap penyakit migrain.
Jika penyakit sakit kepala jenis ini berlaku, ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat penahan sakit yang boleh dibeli di farmasi. Walau bagaimanpun, jika penyakit ini baru berlaku kepada anda dan anda bukan pesakit yang tergolong berada dikategori menghidap penyakit migrain, anda dinasihatkan agar berjumpa doktor dengan segera.
Bagaimanapun, penyakit ini tidak seharusnya dijadikan penghalang untuk menjalankan aktiviti senaman harian. Aktiviti senaman sangat digalakkan kerana ia dapat membantu anda tidur dan meningkatkan kandungan cecair ‘endorphins’ (sejenis cecair pada bahagian otak yang bertindak sebagai ubat penahan sakit secara semula jadi).
Sakit kepala bukan sesuatu yang harus dipandang remeh. Penyakit ini boleh membuatkan anda menjadi letih, lesu dan tidak bermaya. Jika anda dapat mengenal pasti jenis sakit kepala anda, anda mempu mengawal sebelum ia mengawal diri anda.
