“Aku pejuang kanser usus tahap 4” – Zulaika Sapuan

Dari Penulis

Sempena dengan sambutan Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal pada Mac ini, Zulaika Sapuan berkongsi cerita tentang perjuangannya bertujuan untuk memberi semangat kepada penghidap kanser di seluruh Malaysia.

Menerusi perkongsian video di TikTok @zulaikasapuan, menyatakan bahawa dia seorang pejuang kanser usus tahap 4 di usia 30 tahun. Menurut Zulaika, dia tidak pernah mengalami sakit yang teruk dan mengamalkan gaya hidup sihat.

@zulaikasapuan

Sempena bulan kesedaran kanser kolorektal/usus (Bulan Mac), izinkan saya berkongsi kisah saya….? Semoga ada keajaiban & kesembuhan buat pejuang2 kanser semua. ? . . #kanserkolorektal #kanserusus #cancerfighter #stage4cancer #pejuangkanker #pejuangkanser #ikn #capcut #positivevibes #dairi_ibunoah #fyp #capcut

♬ Allah Knows (feat. Dawud Wharnsby Ali) – Zain Bhikha

“Sebelum ni tak pernah sakit teruk. Senam 3-4 kali seminggu dan sangat jaga pemakanan. Tiada sejarah keluarga kanser yang rapat,” jelas Zulaika di dalam video tersebut.

Tiga hari sebelum disahkan menghidap kanser usus, dia cuma berasa sakit seperti gastrik sahaja dan telah mencuba pelbagai jenis ubat namun tetap tidak berkesan.

Namun begitu, ia bukanlah penghalang bagi Zulaika berputus asa mencari rawatan lain.

“Macam-macam tempat pergi dalam masa 24 jam, ke klinik kesihatan, dua klinik swasta, hospital dan berurut kampung dan sakit masih tak hilang,” ujar Zulaika.

Pada 2 Disember 2022, doktor mengesahkan bahawa dia mengalami masalah ketumbuhan pada usus dan mulai merebak ke organ lain. Pengesahan itu membuatkan Zulaika terpaksa melakukan pembedahan serta merta pada hari yang sama.

“Alhamdulillah, lima jam pembedahan selesai dengan selamat. Dah potong sebahagian usus dan pakai stoma bag,” jelasnya lagi.

Perjuangan Zulaika tidak berhenti di situ, dia harus menjalani rawatan kimoterapi dan rawatan susulan sehingga benar-benar sembuh. Dia tetap semangat melawan penyakit, demi keluarga tercinta. Dia reda dengan ketentuan Ilahi.

“Takdir ini dah tertulis. Reda, Ikhtiar, Doa dan Tawakal. Demi insan-insan tersayangku ini, tiada pilihan selain ‘kuat dan sabar’ melawan penyakit ini. I’m a Cancer Fighter,” jelas Zulaika lagi di dalam video tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HWC Coffee lancar kempen ConnectKL, sasar perkukuh hubungan komuniti di Lembah Klang

Dalam dunia yang semakin pantas dan dipenuhi pelbagai tuntutan kehidupan, ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di hadapan...

More Articles Like This