POLIS memburu seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan mencederakan seorang warga emas di dalam tandas sebuah premis, Ahad lalu.
Kejadian berlaku di kedai kopitiam Jalan Petanak, Kuching, pada 7.15 malam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek dikenali sebagai Rizal berusia lingkungan 20-an.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan suspek diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Elvin Manjan di talian 012-8989877,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baca : Warga emas cedera disamun dua lelaki berparang ketika bangun sahur
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini media melaporkan, seorang pemborong sayur cedera parah dan koma akibat dibelasah dengan kejam oleh perompak di sebuah kedai kopi berhadapan pasar Pentanak.
Suspek memukul mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an itu dengan objek tumpul di kepala dalam bilik tandas awam di kedai tersebut.
Lebih menyayat hati, selepas dipukul suspek, muka mangsa dihempap dengan sekarton air mineral menyebabkannya terbaring berlumuran darah di tandas tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

