Aedy Ashraf mengaku dah ‘get back’, Amelia Henderson anggap lelaki paling rapat dalam hidupnya

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Aedy Ashraf mengakui hubungannya dengan aktres jelita, Amelia Henderson kini kembali baik.

Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi,30, berkata, Amelia adalah wanita paling istimewa dalam hidupnya ketika ini.

Malah, dia juga tidak menolak jika mereka menjalinkan hubungan lebih serius selepas ini.

“Orang kata, rezeki jangan ditolak kan. Bagi saya, Amelia adalah kurniaan rezeki dalam kehidupan saya.

“Sebenarnya, lebih kurang setahun juga kami tak jumpa. Sekarang dah jumpa balik dan kini kembali rapat.

“Amelia seorang yang sangat baik dan saya tak nafikan, kami sekarang sangat rapat. Kami pun dah mengenali diri masing-masing lebih dua tahun.

“Saya tak tahu tentang dia, tapi saya memang serius pasal hal ini (hubungan istimewa).

“Sebelum ini pun, macam semua tahu, kami pernah jadi ‘kawan’ yang sangat istimewa. Senang cerita sekarang, kami dah kembali bersamalah,” katanya kepada URTV.

Aedy berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Rizman Ruzaini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, malam tadi.

Mengulas lanjut mengenai impian netizen yang mahu melihat mereka mengakhiri hubunga di jenjang pelamin, ini jawapan Aedy.

“Saya tak nak buat sesuatu disebabkan mereka (netizen). Biarlah perkara ini (hubungan) jadi sebab kami sendiri yang betul-betul suka dan saling mengenali diri masing-masing dengan cara yang selayaknya.

“Tapi pada saya, tak salah pun untuk mereka berharap. Kalau tak jadi nanti, jangan bersedih pula sebab sekarang ini, kami cuba sebaik mungkin,” ungkapnya.

Amelia simpan hal peribadi untuk diri sendiri

Sementara itu, Amelia,28. ketika ditemui pada acara sama juga tidak menafikan bahawa Aedy adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya.

“Sama ada kami ‘bercakap’ atau tidak, bila Aedy perlukan apa-apa, saya akan sentiasa ada untuk dia dan saya percaya, energi yang sama disalurkan olehnya buat saya.

“Saya pernah ada ‘bad blood’ (hubungan dingin) antara kami. Aedy seorang kawan yang baik dan sangat bijak.

“Tak tahu nak cakap apa tapi benda peribadi, saya rasa lebih baik kita simpan untuk diri sendiri dahulu buat masa sekarang.

“Saya meminati lakonannya dan akan terus menjadi peminat Aedy Ashraf sampai akhir kariernya,” jelas Amelia.

Sebelum ini, media sosial menjadi kecoh apabila video yang memaparkan Aedy dan Amelia menjayakan sesi fotografi bersama jenama fesyen terkenal tempatan.

Pada 27 Mac tahun lalu, Aedy menuai perhatian ramai apabila membuat lamaran terbuka kepada Amelia untuk dijadikan sebagai teman wanita di sebuah festival makanan.

Bagaimanapun, pada akhir Julai lalu, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan di Twitter seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.

Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu.

Mereka mula rapat ketika berlakon dalam drama Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada November 2021.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This