Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang selepas lawatan tiga hari ke Labuan

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang hari ini selepas lawatan khas tiga hari ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua di Lapangan Terbang Labuan di sini, disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar. Pesawat khas membawa pasangan diraja itu berlepas pada 10.06 pagi.

Baca lagi: Agong, Raja Permaisuri lakar sejarah berangkat ke Istiadat Perbarisan Hari Polis Ke-216

Hadir sama di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan ialah Senator Datuk Anifah Aman, Ahli Parlimen Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar, Panglima Wilayah Udara 2 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Datuk Wan Amin Hafiz Wan Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail, Ketua Polis Daerah Labuan Supt Ahmad Jawila dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Pasangan diraja itu berangkat tiba di Labuan pada Jumaat (31 Mac). Ia merupakan lawatan kedua Seri Paduka berdua, dengan yang pertama pada 2019.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This