Koleksi artifak peninggalan Rasulullah SAW di Galeri Nur Raudhah

Dari Penulis

Ramadan merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam. Sempena bulan mulia yang digandakan ganjaran pahala ini, Galeri Nur Raudhah membuka pintunya kepada mereka yang mahu menyaksikan sendiri pelbagai koleksi barangan peninggalan Nabi Muhammad S.A.W.

Penyelaras dan jurucakap galeri, Ustaz Md. Zamawi Ramli menyatakan koleksi yang dipamerkan adalah barangan peribadi milik Allahyarham Datuk Prof Dr Abd Manan Embong, seorang pakar arkeologi artifak Islam.

“Pameran ini untuk memupuk rasa cinta terhadap sejarah dan warisan Rasulullah. Tiada benda pelik yang menjurus kepada taksub atau yang membawa kepada khurafat di sini. Sekadar untuk berkongsi kepada mereka yang ingin melihatnya dengan lebih dekat tanpa perlu pergi jauh sampai ke luar negara,” ujar Ustaz Md Zawawi.

Galeri itu membuka pintunya kepada orang ramai untuk menyaksikan pelbagai barangan yang disimpan rapi dalam dua buah bilik. Antara barangan peninggalan Nabi yang dipamerkan ialah rambut dan janggut, serban, capal, tongkat, cemeti, kantung isi air, kain penutup makam dan banyak lagi.

Antara yang menjadi tumpuan juga ialah esktrak peluh Nabi dan kayu sugi Baginda. Turut dipamerkan barangan lain seperti rambut Saidatina Khadijah dan Saidatina Fatimah (hanya boleh dilihat oleh kaum wanita sahaja) dan bekas simpanan susu Saiditina Khadijah.

Antara barangan yang dipamerkan.
Ustaz Md Zawawi di samping koleksi barangan Nabi yang dipamerkan.

Kesemua barangan berharga ini dipinjamkan dari Galeri Warisan M.A.R di Terengganu yang diasaskan Allahyarham Prof. Dr Hj Abd Manan Embong, yang merupakan pakar etnologi dan artifak Islam yang juga pernah menjadi penasihat Galeri di Raja Brunei.

Artifak-artifak berusia ratusan tahun ini juga telah dikaji oleh Prof Abd Manan Embong, dan mempunyai sijil pengesahan makmal dari luar negara membuktikan ketulenan setiap artifak.

Prof. Abd. Manan Embong, pakar etnologi dan artifak Islam.

Galeri Nur Raudhah terletak di dalam Rumah Kasih Nurul Hasanah di Ampang, Kuala Lumpur. Sepanjang bulan Ramadan ini, galeri ini dibuka kepada pengunjung bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Jangan risau, masuk adalah percuma.

Bukan sekadar penduduk tempatan, galeri ini juga menerima kunjungan pelawat dari luar negara yang datang untuk melihat sendiri athar peninggalan Rasulullah S.A.W.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahu Menang Jongkong Emas Fizikal? Ini Cara Sertai Peraduan Ulang Tahun Ke-14 JustMarkets

PLATFORM JustMarkets mengumumkan pelancaran peraduan mega Great Anniversary Contest sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-14.  Kempen gergasi yang menawarkan...

More Articles Like This