PLATFORM JustMarkets mengumumkan pelancaran peraduan mega Great Anniversary Contest sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-14.
Kempen gergasi yang menawarkan nilai hadiah keseluruhan mencecah $50,000 (RM235,000) ini direka khusus sebagai tanda penghargaan kepada lebih 3 juta pelanggan aktif syarikat itu di 160 buah negara.
Peraduan yang terbuka kepada pedagang baharu dan profesional ini dijadualkan berlangsung selama sembilan minggu, bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2026.
Selain daripada cabutan bertuah mingguan dan ganjaran tunai, tarikan utama kempen kali ini ialah hadiah ultra-premium berupa jongkong emas fizikal seberat 5 gram hingga 20 gram untuk 15 pedagang paling aktif berdasarkan carta kedudukan (leaderboard).
Bagi melayakkan diri, peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan JustMarkets yang telah melengkapkan proses pengesahan akaun serta mengekalkan baki minimum sebanyak $100 dalam akaun dagangan mereka.
Proses penyertaan boleh dilakukan secara terus melalui Ruang Peribadi (Personal Area) masing-masing, di mana peserta hanya perlu melakukan dagangan minimum sekurang-kurangnya 3 lot sepanjang tempoh peraduan.
Setiap aktiviti dagangan akan ditukarkan kepada mata ganjaran untuk penentuan kedudukan carta yang dikemas kini secara langsung.
Fleksibiliti ini turut memberi peluang adil kepada pelanggan baharu yang membuka akaun live dalam tempoh kempen untuk turut serta bersaing.
Pihak penganjur telah merangka tiga mekanisma kemenangan berbeza bagi memastikan setiap kategori pedagang—sama ada yang berdagang secara santai mahupun agresif—mempunyai peluang yang saksama untuk membawa pulang hadiah:
- Ganjaran Emas Fizikal (Top 15): Di akhir peraduan, 15 pedagang teratas yang mengumpul mata tertinggi akan memenangi jongkong emas berdasarkan hierarki carta kedudukan iaitu 20 gram untuk Top 3, 10 gram bagi Top 8, dan 5 gram buat kelompok Top 15.
- Cabutan Bertuah Mingguan: Memberi fokus kepada konsistensi, di mana lima peserta yang berjaya mencatatkan dagangan melebihi 3 lot setiap minggu akan dipilih secara rawak untuk memenangi ganjaran tunai sebanyak $200 seorang.
- Cabutan Bertuah Utama (Berdasarkan Volum): Ditawarkan pada penghujung peraduan untuk pedagang yang mengumpul jumlah volum minimum 10 lot. Kategori ini dipecahkan kepada tiga tier ganjaran tunai iaitu Tier 1 ($1,000 bagi 100+ lot), Tier 2 ($500 bagi 50-99 lot), dan Tier 3 ($300 bagi 10-49 lot) dengan 10 orang pemenang bertuah bakal dipilih bagi setiap tier.
Mengulas mengenai penganjuran peraduan berskala besar ini, wakil pengurusan JustMarkets menzahirkan rasa syukur atas pencapaian luar biasa syarikat sepanjang 14 tahun beroperasi dalam industri pembelajaran dan pembrokeran kewangan global.
“Sempena meraikan ulang tahun ke-14 ini, kami amat menghargai tahap kepercayaan, dedikasi, serta penglibatan padu yang ditunjukkan oleh semua pelanggan kami di seluruh dunia.
“Great Anniversary Contest ini merupakan manifestasi rasa terima kasih kami kepada mereka.
“Melalui penawaran jongkong emas, hadiah tunai, dan cabutan bertuah mingguan, kami ingin memberikan pengiktirafan tertinggi terhadap setiap aktiviti dagangan yang mereka lakukan,” jelas wakil syarikat tersebut.
Pihak pengurusan turut menambah bahawa persaingan sihat ini diharap dapat menyuntik semangat baharu dalam kalangan komuniti pelabur mereka.
“Kami sudah tidak sabar untuk menyaksikan kehangatan persaingan ini, menyampaikan hadiah kepada para pemenang, dan meraikan mercu tanda ulang tahun kami dengan penuh rasa bangga.
“Sambutan ini adalah demi menghargai mereka yang menjadi tulang belakang sebenar kepada pertumbuhan JustMarkets—iaitu para pedagang kami sendiri,” ujar beliau lagi.
Maklumat lanjut mengenai terma, syarat lengkap, serta kemas kini kedudukan peraduan boleh didapati dengan melayari laman web rasmi di https://justmarkets.com atau menerusi saluran media sosial rasmi JustMarkets di Instagram, Facebook, X, YouTube, Telegram, dan LinkedIn.

