Onde-onde antara kuih yang menjadi pilihan ketika di bulan puasa. Penyediaannya juga ringkas dan cepat. Onde-onde ini boleh dipelbagaikan rasanya. Hari ini Chef Sherry kongsikan resipi onde-onde keledek. Rasanya sangat sedap, lemak-lemak manis. Jom kita buat untuk berbuka.

ONDE-ONDE KELEDEK
BAHAN
500 gm tepung pulut
400 gm keledek merah – rebus dan lenyek
350 gm gula Melaka – potong kecil
4 helai daun pandan
1 liter air
Garam
CARA PENYEDIAAN
- Rebus keledek sehingga empuk. Kemudian dilenyek sehingga sebati.
- Satukan keledek dan tepung pulut, gaulkan rata. Masukkan garam bagi rasa lemak-lemak, jika adunan keras, boleh tambahkan sedikit air jika perlu.
- Gaul sehingga menjadi doh, pastikan doh jangan terlalu lembik.
- Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan doh mernjadi bebola, leperkan sedikit dan masukkan gula Melaka. Uli kembali dengan kemas.
- Didihkan air di dalam periuk, masukkan bebola yang telah siap dibentukkan. Tunggu sehingga bebola timbul, menandakan ia telah masak. Angkat dan tuskan.
- Golekkan bebola ke dalam kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam. Onde-onde keledek sedia dihidangkan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

