Seiring dengan sambutan Nuzul al-Quran yang disambut setiap 17 Ramadan, MCPLUS, pusat tuisyen dalam talian terbesar di Malaysia telah menganjurkan Program Mengaji Marathon 2023 selama 12 jam bermula dari jam 6.30 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang pada Sabtu 8 April 2023.
Acara tahunan kali yang ke-3 ini turut menampilkan nama-nama besar yang tidak asing lagi dalam kalangan muslim di Malaysia antaranya penyanyi Mawi, selebriti Amin Idris, penyampai radio Zayan, Anas Tahir, pendakwah bebas Ustaz Adnin yang terkenal dengan dakwah sentap, Ustaz Mahiraja, Raqib Majid, Qawi, Sirpuloh serta team ustaz MCPLUS.
Inisiatif ini bertujuan untuk mengimarahkan Ramadan dan Nuzul al-Quran dengan bacaan al-Quran secara marathon selama 12 jam. Selain itu untuk memupuk minat masyarakat terutamanya golongan belia mendekati al-Quran. Malah ia secara tidak langsung sebagai pendorong kepada umat Islam untuk khatam al-Quran pada bulan Ramadan dengan membaca 10 hingga 11 juz awal al-Quran semasa marathon ini berlangsung.
Sepanjang 12 jam program ini berlangsung, 7 slot dengan setiap 4 orang qari dan qariah memperdengarkan bacaan al-Quran secara bergilir-gilir. Dan untuk tahun ini seramai 41 566 penonton telah mengikuti program marathon ini yang dipancarkan secara langsung melalui platform Youtube.
________________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

