PENYANYI popular, Taylor Swift atau Taylor Alison Swift, 34, dan Joe Alwyn memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan percintaan mereka.
Menurut ET Online, kelibat Joe atau Joseph Matthew Alwyn, 32, tidak kelihatan semasa Taylor membuat konsert jelajah pada beberapa minggu lepas.
Namun begitu, sumber menyatakan pasangan ini berpisah secara baik dan tiada perbalahan di antara mereka.
“Mereka berpisah secara baik, tiada apa yang dramatik berlaku,” katanya.

Terdahulu, difahamkan penyanyi lagu Love Story dan pelakon filem Catherine Called Birdy ini sudah bertunang selepas lima tahun bercinta tetapi mereka merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan pihak luar.
Untuk rekod, Taylor dan Joe menjalinkan hubungan cinta sejak 2016 sebelum memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.

