Taylor Swift rangkul kemenangan menerusi Album Terbaik, lakar sejarah paling banyak terima 13 trofi Anugerah Grammy

Dari Penulis

PENYANYI popular, Taylor Swift melakar sejarah dalam karier muzikmya apabila album Midnights dinobatkan sebagai pemenang kategori Album Terbaik di Anugerah Grammy ke-66 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, California, Amerika Syarikat, hari ini.

Taylor berjaya mengenepikan calon seperti penyanyi Jon Batiste menerusi album World Music Radio, Boygenius (The Record) dan Janelle Monae (The Age of Pleasure).

Turut bersaing, Lana Del Rey dengan album Did You Know That There’s a Tunnel Under Ocean Blvd, Miley Cyrus (Endless Summer Vacation), Olivia Rodrigo (Guts) dan SZA (SOS).

Ketika menerima anugerah ke-13 tersebut di atas pentas penuh berprestij itu, Taylor sempat berkongsi kepada semua album baharunya akan dilancarkan pada April depan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat. Saya nak maklumkan satu rahsia yang disimpan hampir dua tahun lalu iaitu saya bakal lancarkan album baharu pada 19 April depan.

“Album ini diberi judul Tortured Poets Department. Saya akan muat naik kulit album dalam media sosial sebentar lagi. Terima kasih, saya sayang anda,” katanya.

Sebelum ini, pada Anugerah Grammy Ke-58, trofi berkenaan pernah diraih Taylor menerusi album 1989.

Menerusi album Midnights, Taylor juga memenangi kategori Album Vokal Pop Terbaik. Malah, lagu Anti-Hero dendangannya turut dicalonkan bagi kategori Lagu Terbaik dan Rakaman Terbaik.

Penyanyi berusia 34 tahun itu juga menerima pencalonan bagi kategori Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik dan Persembahan Pop Solo Terbaik.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This