Ledakan Hiroshima pun tak mampu mematikannya, ini spesies pokok yang mampu hidup walau terbakar atau dibom

Dari Penulis

SEWAKTU bandar Hiroshima di Jepun musnah akibat serangan bom nuklear pada pada 6 Ogos 1945, bukan hanya nyawa manusia yang melayang, bahkan segala tumbuhan juga turut musnah.

Namun, di sebalik tragedi itu, ada sepohon pokok yang dianggap unik kerana terselamat daripada ledakan dahsyat itu. Di Jepun, pokok yang selamat dalam ledakan Hiroshima ini dikenali sebagai ‘Hibakujumoku’. Juga digelar sebagai pokok survival atau pokok yang dibom.

Lokasi pokok ini terletak hanya 740 meter dari lokasi letupan, berhampiran pintu utama istana Hiroshima. Menakjubkan, tumbuhan ini masih hidup sampai sekarang dan menjadi saksi bisu kepada tragedi pahit itu.

Pokok yang terletak tidak jauh dari istana Hiroshima ini masih hidup selepas tragedi ledakan Hiroshima.
Papan tanda berdekatan pokok ini yang memberitahu ia adalah pokok yang selamat dalam tragedi Hiroshima.
Pokok ini masih bertahan sehingga sekarang.

Pokok ini adalah daripada jenis Eucalyptus. Pokok spesies ini tidak hanya tumbuh dan menjadi mangsa kepada pemangsanya. tumbuhan ini dalam diam turut mempunyai rencana sendiri seperti haiwan. Malah mampu membina skema canggih untuk dijadikan sebagai pertahanan mereka.

Salah satu buktinya, kebakaran hutan di Oakland, California pada tahun 1991 yang telah memusnahkan 3,000 buah rumah dan membunuh 25 orang. Bagaimanapun, bencana tersebut langsung tidak memusnahkan pokok Eucalyptus yang hidup di hutan itu. Pokok jenis ini tetap teguh berdiri walhal persekitarannya hangus terbakar.

Hampir 30 tahun sebelum kebakaran di Oakland, kajian ke atas Eucalyptus pernah dijalankan di kawasan itu. Daripada pemerhatian ahli botani, tumbuhan ini menjadi satu-satunya pokok kebal yang tetap bertahan walaupun dijilat api. Sesuai dengan namanya yang diambil daripada perkataan Yunani, iaitu Eu bermaksud ‘baik’ dan calyptus pula bererti ‘dilindungi’.

Ini kerana, pohon berkenaan memiliki batang yang tersembunyi jauh di dalam lapisan kulit kayu. Justeru bahagian kulit yang terletak di lapisan luar selalunya akan terbakar terlebih dahulu, sebelum sempat menghanguskan bahagian batang pokok. Sebab itulah mengapa batang Eucalyptus tidak hangus malah tetap teguh berdiri walau dijilat api.

Pokok ini mampu bertahan hidup walau persekitarannya terbakar atau dibom.

Kemampuan pohon berkenaan bertahan dalam amukan api ada sebabnya. Tanaman ini dikenal pasti mengandungi sejenis minyak yang mudah terbakar. Apabila terbakar, ia boleh meledak seperti membaling bara api ke tong berisi minyak petrol. Pohon ini juga boleh menghasilkan gas berupa kebiruan dan mengewap naik umpama bola api.

Persoalan bagaimana tumbuhan berkenaan boleh bertindak ganas dengan membakar dan meledak terjawab selepas kajian tentang anomali Eucalyptus dijalankan. Penelitian National Park Service di California mendapati daun dari pokok berkenaan merupakan penyebab utama kebakaran.

Daun Eucalyptus bukan seperti daun biasa kerana ia dikesan mengandungi napalm. Napalm ialah petrol berupa jeli yang digunakan dalam pembuatan bom api. Apabila daun dari pokok berkenaan gugur, ia akan jatuh bertebaran di bawah Eucalyptus. Ia tidak boleh diurai dan dihancurkan oleh pepijat atau kulat kerana beracun.

Apa yang berlaku ialah helaian dedaunan itu hanya mengering dan menjadi sampah. Ia kemudian akan menutupi tanah sekitar pokok seperti permaidani. Permaidani inilah yang akhirnya menghasilkan bahan api super mudah terbakar.

Sungguhpun tumbuhan ini dianggap tahan lasak dan ganas, ia menjadi penyumbang kepada industri pengilangan. Daun Eucalyptus yang diproses menjadi minyak digunakan untuk pelarut industri, antiseptik dan deodoran. Dalam kuantiti kecil, bahan tersebut turut menjadi ramuan dalam makanan seperti gula-gula, ubat batuk, ubat gigi dan dekongestan, iaitu agen yang mengurangkan bengkak.

Eucalyptus merupakan genus pelbagai pokok berbunga dan pokok renek dalam keluarga myrtle, Myrtaceae. Terdapat lebih daripada 700 spesies pokok ini berasal dari Australia. Kebanyakan spesies Eucalyptus berusia ratusan tahun. Usianya yang tua menyebabkan ia antara pohon bersaiz gergasi dan tertinggi di dunia iaitu kira-kira 300 kaki.

Pokok unik ini dilaporkan mula dilihat oleh peneroka Eropah. Namun tiada rekod mengenainya dibuat. Sehinggalah pada tahun 1770, apabila ahli botani Joseph Banks dan Daniel Solander tiba di Botany Bay bersama Kapten James Cook. Mereka kemudian mengumpul spesimen spesies Eucalyptus berhampiran Sungai Endeavour di utara Queensland. Pada tahun yang sama, Banks kemudiannya memperkenalkan pohon itu ke seluruh dunia.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Bunian tak semua cantik’… Miman gambarkan makhluk misteri dalam karyanya

Lukisan bunian yang dihasilkan oleh pelukis muda berbakat, Miman, baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial.  Berbeza dengan gambaran...

More Articles Like This