Jangan elak bila anak gadis bertanya tentang seks. Ibu harus mainkan peranan kongs ilmu dan lindungi maruah anak

Dari Penulis

Dalam usaha mendekati anak gadis agar lebih rapat dan mudah meluahkan apa sahaja kepada ibu mereka, topik kali ini akan merungkai misteri topik perbualan yang menjadi isu sensitif di antara seorang anak gadis dengan ibu kandungnya sendiri.

Walaupun ramai ibu urban yang berkerjaya dan mempunyai latar belakang akademik yang baik, jurang antara seorang anak gadis dan ibu untuk memperkatakan tentang isu-isu sensitif secara terbuka masih ada.

Pakar perbidanan dan sakit puan, Dr. Premitha Damodaran menjelaskan transisi perubahan seorang anak gadis kepada alam kematangan sebelum memasuki fasa wanita dewasa sangat unik dan indah.

Secara rasminya perkembangan normal ini melayakkan anak gadis anda bergelar wanita dan mampu melahirkan zuriatnya dan berkeluarga satu hari kelak.

“Amatlah penting anak gadis anda diberi input secukupnya mengenai perkembangan biologi tubuhnya. Ilmu seperti pencegahan kehamilan, hubungan seks selamat dan Langkah mencegah kehamilan harus diberi penjelasan dengan terperinci.

“Berbekalkan ilmu sebegini secara tidak langsung anda mendidik anak anda daripada terjebak dengan masalah seks bebas dan tahu melindungi serta menjaga maruah diri sendiri,” katanya.

Menyedari betapa tebalnya masyarakat Asia yang berpegang teguh kepada norma hidup masyarakat terdahulu, tentunya masih ada lagi golongan ibu yang berfikiran konservatif. Jadi tidak hairanlah perkara seperti membincangkan hubungan seks di antara lelaki dan perempuan, tentu agak sukar bagi ibu-ibu ini untuk berdiskusi dengan anak gadis mereka mengenai perkara tersebut secara terbuka.

Pakar psikologi, Dr. Paul Jambunathan dalam ceramahnya bertajuk Unraveling The Mystery of Mother-Daughter Speak berkata, seorang ibu selalunya menjadi tempat rujukan anak gadis terutamanya apabila berdepan dengan hal-hal sulit sebegini.

“Jangan menidakkan peranan anda dengan memarahi anak-anak ataupun enggan memberi penjelasan terperinci apabila soalan berkaitan dengan seks, hubungan di antara lelaki dan perempuan diajukan oleh anak gadis anda.

“Apabila anak anda bertanya, bermakna ada perkara yang dia musykilkan. Lontarkan jauh-jauh pandangan skeptikal anda tentang soalan anak-anak dan jangan mulakan tuduhan melulu sekiranya topik itu menjadi bahan perbualan seorang anak dengan ibunya.

“Sebagai orang dewasa, seharusnya anda mempunyai  pengalaman dan kongsilah ilmu serta pengalaman anda kepada anak gadis anda. Dengan ilmu yang anda sendiri titipkan dapat menjadi pendinding kepada si anak agar lebih bertanggungjawab ke atas diri sendiri dalam melalui alam kedewasaan,” jelasnya.

Ada juga segelintir ibu yang menganggap ilmu sulit seperti ini akan difahami oleh anaknya secara semula jadi bila tiba masanya. Maksudnya si anak akan mula faham mengenai topik seks terutamanya bila sudah bergelar isteri dan ibu.

Tahukah wahai ibu? Hanya kerana bimbang dimarahi atau  dimalukan disebabkan menanyakan perkara sulit seperti ini ada anak-anak yang merujuk kepada rakan sebaya dan mencari sendiri informasi di Internet yang ada kalanya lebih cenderung kepada keinginan untuk bereksperimen.

Sebelum anak gadis anda meneroka lebih jauh, sebagai ibu adalah lebih baik anda sendiri memainkan peranan untuk memberi pendedahan kepada mereka, anda sebelum terlambat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This