P Pinang mohon bantuan NADMA jalankan pembenihan awan

Dari Penulis

KERAJAAN Pulau Pinang telah menulis surat kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk meminta bantuan segera bagi menjalankan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air empangan di negeri itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), K.Pathmanathan berkata kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan RM400,000 bagi pelaksanaan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air di Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang.

“Dalam perbincangan pada 29 Mac lepas dan surat rasmi bertarikh 30 Mac, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah memaklumkan kepada Bahagian Pelaksanaan Operasi NADMA berhubung perubahan iklim iaitu taburan hujan yang rendah direkodkan di kawasan tadahan air Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang.

“Ini telah menyebabkan kapasiti efektif empangan menyusut dengan ketara iaitu sehingga hari ini Empangan Air Itam sebelum ini 82.5 peratus kepada 49.5 peratus manakala Empangan Teluk Bahang daripada 64 peratus kepada 50.7 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Johor catat bacaan hujan tertinggi sejak 1991

Katanya, kapasiti efektif kedua-dua empangan ini diunjurkan akan terus susut, kepada tahap kritikal jika musim kemarau semasa berlanjutan hingga Ogos nanti.

Pathmanathan berkata Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah merujuk kepada Jabatan Meteorologi mengenai status terkini syarikat yang layak untuk menjalankan operasi pembenihan awan bagaimanapun, tiada syarikat yang memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Oleh itu, katanya kerajaan negeri tidak mempunyai pilihan selain meminta bantuan NADMA untuk campur tangan dan memudahkan pelaksanaan operasi pembenihan awan secepat mungkin.

“Kami berharap NADMA akan mengutamakan dan memenuhi permintaan Pulau Pinang kerana operasi pembenihan awan diperlukan secepat mungkin untuk mencetuskan hujan yang akan mengisi semula Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang,” katanya.

Beliau berkata Pulau Pinang mesti mengelak potensi krisis bekalan air yang boleh menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya kepada 1.74 juta orang dan mengganggu semua aktiviti sosioekonomi yang telah menyumbang RM99 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) negara pada 2021.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This