Catat jumlah taburan hujan signifikan, pembenihan awan di Perak berjaya – TPM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

OPERASI Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di Perak semalam menunjukkan perkembangan yang sangat positif.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hujan berjaya direkodkan di kawasan tadahan Empangan Bukit Merah dan Empangan Temenggor dengan jumlah taburan yang signifikan antara 29.3 mm hingga 84.8 mm.

Ujar beliau, situasi ini sekali gus memberi kelegaan awal kepada paras air empangan yang sebelum ini terjejas akibat cuaca kering.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa pendekatan berasaskan sains dan penyelarasan rapi antara METMalaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia mampu memberi impak yang jelas dalam tempoh yang singkat,” katanya hari ini.

Katanya lagi, hari ini, operasi diteruskan ke selatan tanah air melibatkan beberapa empangan utama di Johor dan Melaka.

“Di Johor, operasi memberi tumpuan kepada Empangan Machap, Upper Layang, Lower Layang, Lebam dan Pulai, manakala di Melaka melibatkan Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus.

“Insya-Allah, kita akan terus memantau keperluan dari semasa ke semasa dan memastikan setiap langkah yang diambil memberi impak terbaik kepada bekalan air, sektor pertanian serta kesejahteraan rakyat.

“Sama-sama kita memohon agar segala usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan dikurniakan hasil yang baik untuk semua,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Agong zahir pandangan, nasihat hala tuju pembangunan KL

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan pandangan serta nasihat yang konstruktif berhubung hala tuju pembangunan Kuala Lumpur (KL). Nasihat...

More Articles Like This