Ketua Pembangkang DUN Selangor? Biar MB jawab, kata Rizam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail menyerahkan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor.

Rizam yang juga Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam itu juga enggan mengulas lebih lanjut tentang kedudukan jawatannya itu.

“Jawatan Ketua Pembangkang? Saya tiada komen. biar dijawab oleh Menteri Besar (Selangor).

“Sudah pasti kita ikut apa saranan Menteri Besar kerana kita pun sudah sedia maklum di peringkat nasional dah berlaku gabungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Di Selangor pun dah ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Kembara Sahur UtusanTV bersama FunRideRider, awal pagi tadi.

Bulan lalu, ADUN Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membangkitkan Peraturan Mesyuarat ke-87 meminta Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim mengeluarkan petua berkaitan kedudukan Ketua Pembangkang disandang Rizam berikutan situasi politik semasa dengan UMNO lebih selesa bersama Pakatan Harapan (PH).

Beliau turut mencadangkan pelantikan ADUN Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi bagi mewujudkan suasana sihat dan pembangkang yang efektif serta berkesan.

Baca artikel lain: PN nafi tukar Ketua Pembangkang

Namun, Suee Lim memaklumkan tiada lantikan baharu akan dibuat berikutan belum menerima surat perletakan jawatan daripada Rizam.

Mengulas mengenai persediaan ke arah Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Rizam memaklumkan pihaknya telah pun bersedia dan bersetuju dengan apa sahaja keputusan dilakukan parti.

“Soal pembahagian kerusi ini saya serahkan kepada pucuk pimpinan.

“Saya tiada dalam majlis perundingan (kerusi antara BN dan PH).

“Sebagai ADUN, saya hanya menunggu dan sedia menerima apa juga keputusan parti,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lagi kes di Kem Hobart: Dua anggota tentera cedera ketika latihan menembak

TENTERA Darat Malaysia (TDM) mengesahkan berlakunya satu insiden kemalangan semasa Latihan Peningkatan Tempur (LPT) di Lapang Sasar Kem Hobart,...

More Articles Like This