MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) meluluskan peruntukan RM56,000 bagi membina dua pam air di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peruntukan itu diluluskan segera bagi menangani masalah bekalan air yang sering terputus sehingga mengganggu urusan harian pelajar di sini.
“Gangguan bekalan air berlaku sejak 2012 lagi dan ia perlu diselesaikan segera. Masalah air menjadi isu utama di MRSM Tumpat kerana banyak aduan diterima dan perkara ini berkait dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB),” katanya.
Baca lagi: Episod 6 : Resipi Butter Chicken Chef Zack Kegemaran Anak-Anak
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Sesi Libat Urus Pengerusi MARA Bersama Warga Kerja MRSM Tumpat di sini hari ini.
Menurut Asyraf Wajdi dua pam air baharu itu adalah untuk kegunaan kira-kira 1,000 pengguna termasuk kakitangan dan 840 pelajar di sekolah berkenaan.
“Menerusi pembinaan pam air ini ia secara tidak langsung dapat membantu kerajaan negeri menyelesaikan isu air di institusi pendidikan itu.
“Selain MRSM Tumpat, masalah yang sama turut berlaku di MRSM Pasir Tumboh dan saya akan ke sana bagi melihat keperluan untuk mengatasi masalah air ini,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

