Lelaki maut selepas Viva dipandu terjunam dalam lubang pembentung

Dari Penulis

SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dipandu terjunam ke dalam lubang pembentung di Jalan Lintas Utara Batu 3, Sandakan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, mangsa berusia 52 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu Perodua Viva dalam perjalanan dari arah Batu 4 ke pusat bandar Sandakan.

“Sampai di lokasi kemalangan, mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri sebelum merempuh beberapa plastik dan konkrit halangan yang disediakan pihak kontraktor pembangunan.

“Kereta mangsa kemudian terjunam ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan di bahu jalan,” katanya memetik laporan Borneo Network.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)85 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Abdul Fuad berkata, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan peka pada tanda isyarat kerja pembinaan bagi mengelakkan berlaku kemalangan terutama di musim perayaan yang bakal menjelma.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Perkukuh keyakinan rakyat: ATM laksanakan pelan PTPR

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan Pelan Tindakan Pembanterasan Rasuah (PTPR) ATM 2026-2030 bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi...

More Articles Like This