Tular kedai mercun meletup di Alor Setar, polis kata ia berita palsu

Dari Penulis

POLIS menafikan dakwaan sebuah kedai mercun meletup dan terbakar di Alor Setar seperti yang tular di dalam media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada pukul 11.30 malam tadi.

“Satu laporan polis telah diterima bersangkut Alor Setar 8826/23 dalam aplikasi TikTok dikenali sebagai Oh Bulan yang menularkan kejadian kedai mercun meletup.

“Kejadian terbabit berlaku di kawasan pentadbiran Balai Bahau, Negeri Sembilan dan tidak berlaku di Alor Setar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi Multimedia.

Ahmad Shukri berkata, orang ramai dinasihatkan tidak menularkan sebarang berita palsu yang boleh menyebabkan kegusaran ramai.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

HAWANA 2026: ‘Jangan sampai buang pekerja’, Fahmi tegaskan bantu syarikat media

HARI Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 bersiaran langsung di lapangan Butterworth, Pulau Pinang, minggu lalu dihadiri pengamal media pelbagai cabang...

More Articles Like This