Rumah terbuka 6 negeri bazir hanya dibangkitkan PN – MB Selangor

Dari Penulis

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan isu pembaziran Rumah Terbuka Malaysia Madani sempena Aidilfitri di enam negeri hanya dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) semata-mata.

Tegasnya, rumah terbuka di banyak negeri dianggap lebih jimat berbanding penganjurannya hanya diadakan setempat sahaja seperti dilakukan kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Jelasnya, kerajaan Selangor sebagai contoh merekodkan perbelanjaan rendah apabila penganjuran rumah terbuka diadakan di sembilan daerah pada tahun lalu.

“Setiap tahun, kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM1 juta bagi penganjuran rumah terbuka di negeri ini pada tahun 2016, 2017, 2018 dan 2019.

“Namun, tahun lalu perbelanjaan negeri hanya RM900,000 dengan kadar RM100,000 setiap daerah,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Amirudin berkata, penganjuran rumah terbuka di setiap daerah di negeri Selangor juga dapat dilaksanakan dengan kerjasama agensi di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut beliau, program seperti itu juga dapat memberi peluang kepada masyarakat di daerah lebih mudah hadir tanpa perlu bersesak dan memandu jauh ke lokasi rumah terbuka negeri.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diundang untuk bersama-sama memeriahkan Jelajah Kita’ Selangor Aidilfitri yang mula diadakan pada Jumaat ini di sembilan lokasi di Selangor.

Malah, katanya, rakyat juga boleh datang beramai-ramai pada Jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak jam 8.30 malam pada 14 Mei depan.

“Jamuan itu sepenuhnya ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor dan saya percaya majoriti rakyat Selangor berbesar hati kehadiran Perdana Menteri dan jemputan ke majlis tersebut,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iran hargai pendirian konsisten Malaysia sokong perjuangan umat Islam

IRAN menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian yang konsisten dalam menyuarakan sokongan terhadap perjuangan umat Islam. Penghargaan itu dinyatakan...

More Articles Like This