Kek Tapak Kuda Popular Di Brunei. Nah! Ini resipinya, Lembut & Gebu Pasti Menjadi.

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis


Jika di Malaysia biskut tart antara senarai biskut wajib, ada dalam himpunan kuih raya hampir di setiap rumah. Di Brunei pula, kek tapak kuda antara kek yang popular di Hari Raya. Kek tapak kuda antara kek paling laris dan cepat habis!

Kek tapak kuda ini bentuknya sebelum dipotong, lebih kurang sama seperti baulu gulung. Selepas dipotong barulah terserlah rupanya seperti tapak kuda. Bahagian dalam kek ini menggunakan sapuan coklat, menjadikan rasanya lemak-lemak manis. Kini kek tapak kuda ini di datangkan dalam pelbagai versi rasa seperti durian.

Kalau agak-agak teringin nak merasa keenakan kek tapak kuda ni, tak semestinya perlu beraya hingga ke Brunei. Cuba buat sendiri dengan mengikut resipi kek tapak kuda versi asli yang dikongsikan daripada Brunei ini.

KEK TAPAK KUDA
110 gm tepung gandum – ayak
10 gm susu tepung – ayak
1/2 sudu kecil serbuk penaik – ayak
225 gm gula kastor
135 ml mentega cair
5 biji putih telur
10 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 camca coklat emulco
Sapuan coklat nutella
1/2 sudu kecil esen vanila

CARA PENYEDIAAN

  1. Pukul gula dan telur hingga kembang, kemudian masukkan ovalette. Pukul lagi.
  2. Satukan bahan-bahan ayak dan masukkan ke dalam adunan perlahan-lahan. Setelah rata, masukkan pula mentega cair dan esen vanila. Pukul sebati.
  3. Kemudian, ambil lima senduk adunan dan masukkan dalam bekas lain. Gaul sebati bersama coklat emulco dan separuh lagi biarkan plain (masukkan ke dalam piping beg). Ketepikan.
  4. Alas kertas minyak atau griskan mentega pada loyang pembakar. Masukkan ke dalam loyang adunan coklat dahulu. Ratakan kemudian baru masukkan adunan plain dengan cara jalurkan perlahan sehingga menutup adunan coklat. Setelah itu, hentak-hentakkan sedikit loyang pembakar supaya adunan rata dan padat.
  5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 30 minit atau hingga masak bergantung pada jenis ketuhar. Setelah masak, sejukkan seketika. Terbalikkan kek (plain di bawah) dan sapu coklat nutella di atas kek yang berwarna coklat.
  6. Lipat dua kek guna plastik wrapping dan sejukkan di dalam peti ais.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Status Halal JAKIM Cetus Fenomena, Churros+ Kini Jadi Pilihan Utama Snek Premium

JENAMA snek premium popular, Churros+, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas secara rasmi menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan...

More Articles Like This