Tahniah! Hanya sekali lafaz, Aiman Tino kini suami kepada Syarah Haifa

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Aiman Tino kini bergelar suami kepada Che Syarah Haifa Che Isa dengan hanya sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Dewan Astana, Bamboo Hills, Taman Bamboo, Kuala Lumpur, pukul 5.40 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Azri Ahmad Kamil Al Hafis dengan berwakil walikan abang Syarah iaitu Che Fariz Che Isa.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM5,000 dan seutas gelang tangan emas.

Pasangan ini tidak menyerahkan sebarang dulang hantaran kepada pihak masing-masing.

Sebelum akad nikah bermula, Aiman dan Syarah terlebih dahulu mengikat bertunang pada majlis sama.

Acara yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat kedua-dua pihak.

Majlis resepsi bagi meraikan pasangan ini pula akan diadakan pada 6 Mei ini di Shah Alam.

Aiman atau nama sebenarnya Mohamad Aiman dan Syarah atau Che Syarah Haifa Che Isa sudah berkawan hampir empat tahun dan mereka mengusahakan perniagaan cookies theogsbake bersama-sama. 

Mula rapat sejak lima bulan lalu dan dari situ Aiman nekad untuk membawa hubungan istimewa itu ke fasa lebih serius.

Pada 21 Januari lalu, Aiman telah menghantar keluarganya untuk merisik Syarah di kediamannya di Cheras, Selangor. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This