Akaun TikTok Aiman Tino kena ‘hacked’, penggodam siap minta duit RM500!

Dari Penulis

PENYANYI Aiman Tino berkongsi bahawa akaun TikTok milikbya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Aiman atau nama penuhnya Mohammad Aiman Yusri,26, memberi amaran kepada semua supaya berhati-hati jika ada yang menghubungi melalui akaun TikToknya, kerana bimbang pihak itu hanya menghantar mesej meminta wang.

“Kepada semua, tolong jangan layan mesej daripada tiktok saya, sebab kena godam. 

“Saya risau dia mesej orang dan minta duit. Itu je,” luahnya.

Aiman menyatakan, dia tidak pernah menyangka akan dipukau dan akaun TikToknya digodam dalam sekelip mata. 

Pada masa sama, pelantun lagu Ku Rela Di Benci itu turut meminta bantuan kepada pengikutnya jika ada boleh mengesan butiran dan lokasi nombor telefon yang dikongsi menerusi Instagram Story. 

“Saya tidak sedar pun tahu-tahu dia sudah log in masuk akaun TikTok saya.

“Ada sesiapa yang boleh mengesan butiran dan lokasi nombor telefon ni oleh mesej saya sekarang,” katanya.

Menurut Aiman, individu berkenaan turut menghubunginya dan meninta bayaran sebanyak RM500 bagi mengembalikan akaun miliknya itu. 

“Dia berani hubungi saya dan minta duit RM500 ye,”  tulisnya.

Penyanyi itu memaklumkan bahawa individu terbabit telah sekat akaun isterinya serta dia menasihati kepada semua pengikutnya untuk melaporkan akaun tersebut. 

Mengikut laporan Mstar, Aiman sedang cuba berusaha mendapatkan maklumat mengenai individu berkenaan dan tidak teragak-agak membuat laporan polis. 

Aiman turut menjelaskan bahawa akaun TikTok itu sangat penting baginya kerana ia merupakan sumber utama untuk menjalankan perniagaannya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This