Aiman Tino hilang sabar! Tuntut penganjur lunaskan hutang RM8,000 jika tak nak dikenakan tindakan undang-undang

Dari Penulis

SUDAH lama menahan sabar, akhirnya penyanyi Aiman Tino bertindak mendedahkan identiti dua individu yang masih belum melunaskan baki bayaran RM8,000 kepadanya selepas selesai menjayakan persembahan di Sabah pada Oktober 2022.

Tegas Aiman, sekiranya usaha terakhirnya itu masih gagal untuk mendapatkan hak hasil kerjanya, dia tidak teragak-agak untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Malah, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu turut meminta orang ramai menyalurkan infomasi mengenai pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Haslina Lin dan Abang Jais.

“Saya mencari pasangan suami dan isteri dari Wan J Event, penganjur funfair Sabah yang telah berhutang dengan saya dari 2022 sehingga kini.

“Pelbagai alasan diberi untuk mengelakkan dirinya dari terus berhubung dengan saya sampai ke hari ini.

“Saya telah berkali-kali mesej meminta hutang yang tidak selesai tetapi saya tidak mendapat sebarang respon daripada mereka.

“Saya telefon banyak kali tapi tak berangkat, kiriman mesej hanya dibaca saja tapi tak nak balas. Ini ke cara orang berhutang dan buat tak tahu sedangkan masih bergiat aktif buat acara di Sabah sehingga hari ini?,” luah Aiman menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Justeru, Aiman merasakan dia sudah ditipu dan dikhianati selepsa pasangan tersebut hanya menabur janji palsu untuk melangsaikan baki bayaran.

“Saya ada semua bukti mesej, tolong jangan putar belit.

“Saya tidak akan padam hantaran ini sehingga ahli keluarga, wakil daripada pihak Haslina Lin dan Abang Jais menghubungi saya dan membuat bayaran hutang penuh,” katanya.

Menerusi entri sama, Aiman turut memuat naik tangkap layar kiriman WhatsApp antara dirinya dengan pasangan terbabit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This