LEMBAGA Urus Air Selangor (LUAS) mengesan insiden pencemaran bau dan kesan minyak diesel di Sungai Batu berhampiran sebuah inap desa di Jalan Ulu Yam Baru, Hutan Lipur Sungai Tua, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata, maklumat tersebut diterima LUAS daripada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dan orang awam yang melihat insiden berkenaan.
Menurut Loy Sian, berdasarkan maklumat lanjut orang awam, insiden berkenaan telah berlaku sekitar pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari, kelmarin.
Bagaimanapun, beliau berkata, kesan minyak tersebut telah hilang ekoran hujan lebat di kawasan tersebut.
“Insiden pencemaran bau dan kesan minyak diesel itu dikhuatiri akan memasuki Empangan Batu dan berpotensi menjejaskan operasi loji rawatan air (LRA) Sungai Batu.
“Namun, siasatan segera LUAS ke LRA Sungai Batu mendapati tiada kesan bau dan minyak serta operasi berjalan seperti biasa dengan siap siaga oleh Air Selangor sekiranya insiden pencemaran tersebut memberi impak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan Perpaduan jamin isu air Kedah selesai jika diberi mandat
Mengulas lanjut, Loy Sian memaklumkan, siasatan lanjut LUAS di kawasan hulu sungai mendapati potensi pencemaran adalah berpunca daripada tapak pembinaan yang beroperasi berhampiran tapak perkhemahan di kawasan inap desa tersebut.
Kata beliau, LUAS telah menemukan sebuah generator yang baru diletakkan berhampiran sungai dan terdapat kesan tumpahan minyak di kawasan sekitarnya.
Sehubungan itu, Loy Sian berkata, LUAS telah mengarahkan pemilik aktiviti berkenaan melaksanakan tindakan mitigasi dan kawalan dengan meletakkan takungan di bawah generator dan mengalihkan dari kawasan sungai berhampiran.
“LUAS mengeluarkan Arahan Perintah Perlindungan Air di bawah Seksyen 122, Enakmen LUAS 1999 kepada pemilik tapak pembinaan berkenaan untuk menjalankan kerja-kerja pemulihans egera berdasarkan penilaian risiko dan ancaman kepada sumber air berhampiran.
“Tiada gangguan kepada operasi LRA dilaporkan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

