Pasangan kekasih 17 tahun wheelie ditahan polis

Dari Penulis

SEPASANG kekasih ditahan selepas bertindak menunggang motosikal secara melulu dan melakukan aksi wheelie di Jalan Chendor menghala Kemaman, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi video tular memaparkan aksi seorang lelaki menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersama pembonceng wanita, semalam.

Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek berusia 17 tahun ditangkap di hadapan sebuah rumah dekat Kampung Balok Kuantan pada pukul 11.30 pagi tadi.

“Turut dirampas sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran CCS 9702 berwarna putih yang dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Kuantan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This