AMERIKA Syarikat (AS) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas bantuan membawa keluar dua orang warganya semasa proses evakuasi rakyat Malaysia dari Sudan.
Penghargaan itu disampaikan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dalam panggilan telefon kepada Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, hari ini.
Zambry dalam kenyataan memaklumkan, ia merupakan panggilan telefon pertama antara dirinya dengan Blinken sejak Disember 2022.
Menurut Zambry, usaha wakil diketuai Wisma Putra membawa keluar rakyat AS itu jelas membuktikan bahawa bantuan diberikan tanpa mengira warganegara.
Kata beliau, langkah tersebut jelas sangat dihargai walaupun sehingga sanggup berhadapan risiko yang tinggi.
Baca artikel berkaitan: Ops Sudan: Agong zahir sukacita, syukur 30 rakyat Malaysia berjaya diselamatkan
“Setiausaha Negara AS secara khusus telah merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas bantuan membawa keluar dua orang warga AS semasa proses evakuasi rakyat Malaysia dari Sudan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Zambry memaklumkan beliau dan Blinken juga telah bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dua hala.
Katanya, ia termasuk peluang kerjasama perdagangan dan pelaburan, pertukaran lawatan, ekonomi digital dan perubahan iklim.
Beliau berkata, mereka juga turut membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.
“Kedua-dua pihak sepakat untuk terus melaksanakan usaha-usaha memperkukuhkan Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS.
“Semoga hubungan antara Malaysia-AS dapat terus kekal dan mencapai tahap yang lebih tinggi dalam konteks dua negara dalam pelbagai bidang,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

