POLIS kini giat memburu beberapa penjenayah dipercayai terlibat dalam kejadian samun barang kemas bernilai RM1.8 juta dekat Pekan Kuala Pilah, pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian daripada seorang pekerja kedai emas pada pukul 11.30 pagi.
Beliau berkata, pengadu melaporkan dua pengedar barang kemas telah disamun di belakang lorong kedai tersebut.
“Kedua-dua mereka telah membawa barang kemas dianggarkan seberat tujuh kilogram bernilai RM1.8 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, siasatan awal mendapati dua suspek bertopeng dan bersenjatakan parang panjang telah bertindak menyamun mangsa.
“Suspek menggunakan Toyota Camry dengan nombor pendaftaran BKK 9196 serta Corrola Altis bernombor pendaftaran BLJ 328 yang dipercayai nombor palsu,”
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

