Anak montel memang comel, tapi pastikan mereka aktif dan cergas. Ini cadangan aktiviti harian kanak-kanak tujuh bulan hingga 18 tahun

Dari Penulis

SEBENARNYA anda mula bersenam atau melakukan pergerakan badan sejak lahir lagi. Dan pergerakan ini menjadi semakin rumit seiring dengan peningkatan usia anda.

Namun, kebanyakan wanita mula berasa malas untuk bersenam apabila melangkah ke alam dewasa lingkungan umur 20-an. Mungkin, ketika ini metabolik badan masih tinggi maka tenaga dalam badan masih mampu membakar lemak-lemak yang mula berkumpul. Maka, badan anda masih boleh mengekalkan bentuk badan ramping.

Tetapi sekiranya anda membiarkan terus keadaan malas bersenam atau melakukan pergerakan aktif ini, besar kemungkinan anda akan menghadapi masalah pertambahan berat badan atau gemuk. Bagi mengelak keadaan ini daripada berlaku, anda boleh mengasuh anak-anak anda sedari kecil lagi agar suka bersenam.

Kanak-kanak montel sememangnya nampak comel tetapi jika dibiarkan akan mengundang pelbagai jenis penyakit. Pastinya anda tidak mahu ini terjadi ke atas anak anda. Apa pun, terdapat dua tahap kecergasan  senaman, iaitu sederhana, cergas dan aktif.

Sebarang pergerakan yang membuatkan kanak-kanak bergerak serta menuntut sedikit tekanan atau penggunaan otot-otot dan dalam masa yang sama membolehkan mereka berbual boleh dianggap suatu senaman taraf sederhana.

Sementara senaman cergas-aktif melibatkan pergerakan yang mencabar dan membuatkan degupan jantung serta pernafasan meningkat berdasarkan tahap penggunaan tenaga dan tempoh senaman, sesetengah aktiviti fizikal mungkin bersifat sederhana atau tahap cergas-aktif seperti mengayuh basikal, menari dan berlari.

Berikut adalah panduan agar anak-anak anda sentiasa aktif bergerak dan bermain sepanjang hari atau pada kebanyakan hari demi kesihatan mereka.

UMUR: TUJUH BULAN – SATU TAHUN

Konsep Aktiviti:

Antara 30-60 minit permainan yang terancang bagi mengenali persekitaran mereka.

Tempoh Maksimum Berehat: Tiada

Contoh: Bermain sorok-sorok, membentuk bayang-bayang menggunakan jari-jemari, menyusun blok, bermain dram, mengguling bola lembut, menyanyi lagu kanak-kanak.

UMUR: DUA HINGGA EMPAT TAHUN

Konsep Aktiviti: Aktiviti tahap sederhana selama 60 minit bertujuan membentuk keseimbangan dan pergerakan, sambil meningkatkan kesedaran terhadap had ruang diri.

Tempoh Maksimum Berehat: Selama satu jam pada masa tiada aktiviti (kecuali waktu tidur).

Contoh: Melatih pergerakan berguling, meniru gaya pergerakan haiwan, bermain lompat katak, bermain bola, menyanyi dan menari lagu kanak-kanak.

UMUR: LIMA HINGGA 11 TAHUN

Konsep Aktiviti: Sekurang-kurangnya aktiviti sederhana selama 60 minit, berselang dengan tempoh rehat dan tiga–empat sesi aktiviti cergas yang sesuai.

Tempoh Maksimum Berehat: Dua jam pada waktu tiada aktiviti (kecuali waktu tidur).

Contoh: Berjalan, menari, mengayuh basikal, bermain di padang permainan, seni pertahanan diri, berenang, bermain bola, bermain lompat tali, bermain badminton, tenis dan senamrobik.

UMUR: 12 – 18 TAHUN

Konsep Aktiviti: Antara 30–60 minit melakukan aktiviti sederhana mengikut kesesuaian usia dan 20 minit aktiviti sederhana cergas secara berterusan.

Tempoh Maksimum Berehat: Dua jam pada waktu tiada aktiviti (kecuali waktu tidur).

Contoh: Sama seperti di atas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

HWC Coffee lancar kempen ConnectKL, sasar perkukuh hubungan komuniti di Lembah Klang

Dalam dunia yang semakin pantas dan dipenuhi pelbagai tuntutan kehidupan, ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di hadapan...

More Articles Like This