Cara mudah jaga mesin basuh supaya tahan lebih lama. Elak basuh lebih bebanan dan letak tempat kering dan rata

Dari Penulis

Zaman semakin canggih, jika dahulu kita mencuci kain menggunakan tangan sahaja. Kini, pelbagai jenis mesin basuh berada di pasaran, sama ada secara automatik mahupun secara manual.

Namun kebiasaannya kita akan memilih secara automatik berbanding manual. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa tanpa perlu menyelesaikan cucian satu persatu dari mencuci, pengering berputar dan lain-lain. Tinggal ‘on’ sahaja butang mula dan tunggu cucian hingga selesai.

Walaupun ia memudahkan urusan pencucian, harga mesin basuh ini boleh dikatakan agak mahal dan tidak mampu untuk menukar kepada yang baharu setiap tahun. Oleh itu, gunakan mesin basuh anda dengan betul dan elakkan melakukan perkara yang boleh merosakkannya.

Berikut adalah cara mudah menjaga mesin basuh supaya tahan lebih lama.

1.            Letak mesin basuh di tempat yang rata dan kering

2.            Elakkan letak mesin basuh di dalam bilik air kerana akan merosakkan motor jika terkena air

3.            Hos getah kena letak lebih rendah daripada mesin basuh

4.            Masukkan pakaian mengikut had bebanan mesin

5.            Matikan suis selepas habis cucian

6.            Bersihkan ‘filter’ mesin basuh setiap kali ingin mencuci pakaian

7.            Cuci bekas letak sabun cucian seminggu sekali

8.            Cuci tempat letak pelembut kain dengan menggunakan air suam

9.            Jika menggunakan pelembut kain di dalam paket, campurkan sedikit air bagi mengelakkan tempat pelembut tersumbat

10.         Pastikan tekanan aliran air masuk dan keluar kuat untuk mengelakkan pam mesin basuh cepat rosak

11.         Andai air perlahan, lihat pada filter paip jika kotor bersihkan menggunakan air

12.         Sekiranya tempat aliran air rosak, jangan isi air secara manual kerana akan merosakkan ‘motherboard’ mesin basuh.

13.         Jika putaran mesin semakin lemah dan perlahan bermakna ‘belting’ telah longgar. Tegangkan ‘belt’ di bawah mesin basuh menggunakan spanar.

14.         Jangan cuci tilam toto menggunakan mesin basuh kerana akan merosakkan ‘auto balance’ mesin basuh dan menyebabkan mesin bergegar

15.         Mencuci pakaian terlebih muatan juga merosakkan ‘auto balance’ mesin basuh

Semoga bermanfaat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This