POLIS mengesahkan telah menerima dua laporan daripada pelakon Hafidz Roshdi berhubung dakwaan keguguran kandungan isterinya, Nurul Shuhada.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada pukul 9 malam, 17 April dan pukul 1.21 pagi hari Sabtu lalu.
“Tiada sebarang siasatan dibuat ke atas dua laporan polis tersebut.
“Laporan telah dirujuk kepada Mahkamah Syariah kerana kes tersebut masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, sekiranya dakwaan pengadu benar, satu laporan polis harus dibuat bagi menjalankan siasatan.
“Laporan tersebut akan dimajukan kepada kawasan lokasi keguguran kandungan dilakukan.
“Bagaimanapun, sebarang perkembangan akan dimaklumkan,” ujarnya.
UtusanTV sebelum ini melaporkan, Hafidz Roshdi melaporkan perkara itu kepada pihak polis bagi siasatan dapat dijalankan untuk mengetahui punca sebenar keguguran tersebut.
Malah, alasan lain laporan polis itu dibuat adalah ekoran Nurul Shuhada menuntutnya untuk menggantikan kos keguguran sedangkan tidak pernah menunjukkan sebarang bukti daripada pihak hospital.
Kata pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu lagi, dia sebelum ini telah membuat laporan polis selepas isterinya memaklumkan kepadanya hasrat untuk menggugurkan kandungan menerusi aplikasi WhatsApp.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

