Pelakon veteran Hashim Abdul Rahman meninggal dunia pada usia 75 tahun

Dari Penulis

PELAKON veteran, Hashim Abdul Rahman meninggal dunia di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh, pada pukul 6.45 pagi,hari ini.

Anak kepada Allahyarham yang juga pelakon, Buzen Hashim mengesahkan berita duka ini.

Allahyarham yang berusia 75 tahun sudah lebih seminggu dimasukkan ke hospital berkenaan kerana menghidapi beberapa penyakit terutamanya kencing manis dan buah pinggang. 

Dimaklumkan bahawa jenazah akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur dan akan disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat asar.

Jenazah Allahyarham Hashim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This